30 Aug 2017

Tips Tajamkan Pisau Blender

Assalamualaikum Readers 🙋


Tips Tajamkan Pisau Blender / Pengisar | Buat suri rumah yang rajin masak mesti banyak pakai blender. Kalau dah blend cili kering contohnya tapi tak halus cili boh boleh try tips ini 💃💃


Kena start simpan kulit telur, simpan banyak-banyak. Next time Nina tunjuk tips lain pulak 😀😀 Meh tengok step by step 


Masukkan seberapa kulit telur. Ikut suka

Mata pisau tak berapa tajam

Masukkan sedikit air, senang nak blend

Hasilnya lepas blend. Kulit telur hancur

Mata pisau tajam, bersih dan berkilat


29 Aug 2017

Happy Belated Birthday To Me

Assalamualaikum Readers 😍


Nak jugak post dalam blog walaupun birthday dah lepas. Umur dah 27 tahun berapa hari entah dari 4 Julai lepas 💐🎂🎉🎊


Mango Cheese Cake . Nak tengok kek kawan jual boleh tengok di IG Nina ok


Alhamdulillah tahun ni dapat celebrated dengan kawan + dapat free kek 😘😘 Terima kasih mak, jasamu dikenang sepanjang hayat.


Senget jadinya bila tuan kek pegang. Orang dah bagi free. Sedap mango fresh

Lauk simple kawan masak, sedap baq hang. Dah bersuami kena rajin


Rezeki datang KL, kawan baik Nina tokey kek, tak sangka dalam diam buat kek dan sebelum balik singgah makan tengahari di rumah kawan area Taman Prima Saujana, Kajang. Terima kasih kari, masak lauk sedap macam zaman study dulu 😄


27 Aug 2017

Spicy Korean Burger McDonald's

Assalamualaikum Readers 😄



Spicy Korean Burger McDonald | Spicy Korean Burger McD Sedap | Dari pagi hingga 12 tengahmalam, drive thru jammed di semua Mcd area KL. Plan nak makan di KL saja sebab masa tu Penang belum launched.


Spicy Korean Burger McDonald

Patty perisa kimchi


Walaupun rupamu hitam tetapi memikat. Sedap tak berapa pedas. Patty daging burger ada perisa kimchi, sayuran, grilled onions, keju dan spicy Korean sauce. Yang sadisnya McD Batu Caves ni, bagi air 100 plus (Frozen Fanta habis) dan criss cut chips lemauuu 😒


Prefer makan Spicy Koran burger tanpa chipsnya yang masuk angin


Set spicy Korean Burger harganya RM 15.99 saja. Fade up dengan pekerja McD, cakap jelah air fanta habis 😌


25 Aug 2017

Makan Di Ben's, The Gardens Mall, Kuala Lumpur

Assalamualaikum Readers 🙋🏻


Makan di Ben's The Gardens Mall | Makan Sedap Di Ben's | Misi JJCM di KL diteruskan selepas makan di Alexis Bistro. Lepak dengan kawan kolej 😂 Lama tak jumpa, hampir 7 tahun. Apa yang best di Ben's The Gardens ni? 😄😃


Muka happy lepas makan di Ben's The Gardens


One of my fav, banyak jenis spaghetti dalam portion yang besar dan resto luas, decoration lawa, banyak tempat boleh selfie, boleh buat any occasion dan ada playground. Nak buat reunion or jejak kasih sesuai 😀😅 Masa kami masuk, ada celebrate birthday.


Candid kerlass. Deco dalam Ben's lawa

Spaghetti di Ben's ada kepingan cheese, Coklat kek pun sedap

Piihan Pika semuanya rich with chocolate. Perfect kek coklat + eskem vanilla

Menu-menu di Ben's untuk reference korang Hehe

Menu Ben's harga boleh tahan tak terlalu mahal atau murah

Macam-macam air ada


Total Makan Ber 2

1 Creamy Pesto Spaghetti - RM 26.42
1 Classic Chocolate Cake - RM 14.15
1 Ice Peach Tea - RM 9.43
1 Hot Chocolate - RM 11.32
1 Root Beer - RM 7.55

Sub Total = RM 68.87
Service Charge 10% - RM 6.89
GST 6% - RM 4.54

TOTAL = RM 80.30



23 Aug 2017

Pavlova Sedap Di Alexis Bistro, The Gardens Mall

Assalamualaikum Readers 😚


Pavlova Sedap Di Alexis Bistro @ The Gardens | Pavlova Alexis | Birthday setahun sekali, kami pun plan nak lepak di Alexis. Area KL bersepah branch. One of the best place for cake lovers, dan well knows as 'expensive' bistro, air kosong saja RM 22 tak silap. Janji sedap dari Secret Recipe.


Pavlova tebal dan paling sedap pernah makan

Pavlova Alexis Bistro


Niat nak belanja Eika & Pika, asyik orang je belanja aku. Hee.. Tapi Pika nak share saja sebab besar. Puas hati dapat makan. Tak manis macam pavlova lain dan krimnya lembut di mulut 😋😘


28 . 27 . 26 y/o . Happy Birthday buat baby July & August! incl boyfie

So sweet . Disebabkan Eika customer tetap Alexis, air dan blueberry freee. 


1 Pavlova - RM 17.80
1 Pavlova + blueberry - RM 17.80
3 mineral - free

Sub Total = RM 35.60
Service Charge = RM 3.56
GST 6% = RM 2.36

Total = RM 41.50
*Eika fasih Tagalog, dapat diskaun. Next time boleh p lagi 😆😆


Dorang ni tak penah miss wish birthday tiap tahun. Thank you so much girls. Find quality friends not quantity 😉😃 


ALEXIS GARDEN

Lot F209, First Floor
The Garden Mid Valley City

Branch :

Bangsar
Ampang
BSC


16 Aug 2017

Majlis Perkahwinan Mas Dan Afiq

Assalamualaikum Readers 🙌


Kembali bersiaran untuk cerita sensasi lagi basi. Hahaha *ketawa ke tu? 😂 Hujung bulan lepas, berlepas awal pagi ke KL. Sesudah subuh sejuk ngap ngap dalam ETS 😑 Berharap sampai tengahari terus terjah makan nasi minyak memerangkap lunch.


Kawan dari kolej pengantin ni. 3 girls to let go. Selamat pengantin baru Mastura dan Afiq. Pengantin pon dah honeymoon.


Sedih nunggu Pika kutip, pakai baju moss green tunggu tepi pokok keladi, jadi iguana hampa tau dak. Driver tak nampak 😂😂 ala pokok depan pintu masuk parking Nu Sentral. Mesti korang tau.


Nasib hujan benti boleh selfie sat

My classmate & housemate. 8 years dah

Hujan turun semula.. sanggup redah hanya untuk aiskrim


Alhamdulillah dalam hujan renyai, hujan menyambut kedatangan Nina di Bangsar. Susah nau cari parking dalam kawasan Taman Bukit Antarabangsa 😂😂 Seronok sekali sekala berjimba di KL dengan kengkawan lama. Rindu bangat. 

14 Aug 2017

Makan Sushi King Di Sunway Carnival Mall, Penang

Assalamualaikum Readers 💋


Makan Di Sushi King | Birthday Treat Sushi King | Craving teruk sejak puasa lepas, maka lepas raya haruslah penuhi selera tekak. 30 Jun punya kisah. Alhamdulillah, adik belanja makan 😃😃 Apa yang best kat Sushi ni? Kot-kot korang nak berjinak dengan makanan Japanese, tengok orangnya panjang umur, warga emas masih kuat, tak gemokk. Rahsianya jaga makan lah 😉


Makan Sushi King harus bersama Ice Green Tea. Makan mesti penuh meja


Kalau time Bonanza, mesti nak sapu pingan-pingan on the kaiten sebab hari biasa agak mahal based on color pingan. Kali ni kami oder set, jimat tapi jangan ambik pingan banyak nanti tak habis. Nasib tukang belanja tolong habiskan 😅😅 


Sukiyaki Set incl (nasi, sup, telur separuh masak) mestilah fav adik

Tori Karaage Don (telur, nasi putih, ayam) mine. Sedap jugak

Set Meal suka 5 jenis ni saja. Inari, Surimi Scallop, Tuna Mayo, Ebi Fry, Golden Ball


Nasi Sushi King lembut. Tak macam beras kita, kalau makan di kedai, keras, lembik la. Total harga around RM 70++ 😆😆

11 Aug 2017

Kad Raya, Souvenir Pattaya Dan Belanda

Assalamualaikum Readers 😎


Kad Raya Blogger & Souvenir Pattaya Dan Belanda | Entri basi berbulan lepas, nasib lah labu, ku abadikan jugak dalam blog. Terima kad raya ke 2 dari Ipoh pada 20 Jun lepas. Tak tahu pengirimnya sebab tiada nama, apa pun terima kasih ye awak 😙 Comel kad rayanya.


Ke 2, bertambah koleksi souvenir hamba. Terima kasih hamba ucapkan buat blogger dan officemate. 


Kad raya ke 2

Akan hamba selidik list pemenang kad raya express Hehe



Ke 2, bertambah koleksi souvenir hamba. Terima kasih diucapkan buat blogger dan officemate. Semoga murah rejeki, yelah tak baik meminta-minta 😉



Kasut Dutch Lady sinonim dengan Belanda (officemate), FM Pattaya (Anies)

8 Aug 2017

Duit Raya Dan Hadiah

Assalamualaikum Readers 🙆


Hai Ogos 😂 walaupun hari raya dan hari lahir dah lepas tapi still dapat duit raya, birthday gift dan kad raya !! 😅😅 Nasib baik bukan aku sorang dapat lewat, ada lagi pekerja situasi sama included bf.


Duit raya Mattel release 27 Julai 

Birthday Gift untuk setiap pekerja. Received by security 3 Jun tapi dapat 3 Ogos. Kah!


Kalau dulu dapat angpow, kali ni duit raya pula serba hijo. Alhamdulillah dapat jugak, sapa lah peram lama-lama all this stuff 😝😝 Semua lawa dan exclusive. Mana nak dapat kat luar. 

7 Aug 2017

Nestle Bliss Plus Apple, Cranberry And Pomegranate

Assalamualaikum Readers 🙋


Nestle Bliss Plus Apple, Cranberry And Pomegranate | Nestle Bliss Plus Apple, Buah Markisa & Lemon | Dah try 3 perisa baru Nestle Bliss ni. Baru try 2 perisa ini dan dibeli di 2 pasaraya dengan harga berlainan. Kedua-dua perisa sedap! 


Neste Bliss Plus beli di Econsave RM 5

Rasanya masam manis


Nestle Bliss Plus beli di Billion RM 5.59

Manis juga tak berapa masam walaupun ada lemon


Macam-macam keluaran Nestle Bliss kan? Setiap kali keluar perisa baru mesti nak try 😆😆

6 Aug 2017

Review Filem xXx : Return of Xander Cage

Assalamualaikum Readers 😉


Review Filem xXx : Return of Xander Cage | What's up guys, lama tak up entri movie, bukan tak tengok tapi malas update 😂😂 Ini movie dari awal bulan Mac ok. Satu lagi filem Vin Diesel sebagai producer. Yang belum tengok boleh download. Filem yang menelan belanja $85M dan box office sebanyak $346.1 million. Perghh i knew it mesti best 💃💃

xXx Return of Xander Cage


SINOPSIS xXx : RETURN OF XANDER CAGE


Agen NSA, Augustus Gibbons cuba merekrut pemain bola sepak Neymar Jr. untuk program xXx apabila satelit jatuh dan membunuh mereka. Kemudian, 1 team, 4 orang ahli yang diketuai oleh Xiang (Donnie Yen) menyusup ke pejabat CIA untuk mencuri 'Pandora Box', sebuah peranti yang boleh control satelit untuk dijadikan bom.


Agen CIA, Jane Marke menjejaki ex Xander, Xander Cage (Vin Diesel) yang memalsukan kematiannya dan hidup sendiri di Dominica untuk kembali berkhidmat dan mengambil semula Pandora Box.


Xiang mencuri Pandora Box

Xander mendapatkan semula siaran tv untuk penduduk

Jane jahat rupanya


Cage mendapatkan bantuan kawan lamanya, Ainsley dan menjejaki Xiang bersama teamnya sendiri terdiri dari 3 orang, dibantu pakar senjata, Becky (Nina Dobrev). Cage bertemu Xiang dan Serena (Deepika) di sebuah pulau terpencil. Xiang juga agen xXx, direkrut oleh Gibbons, mencuri Pandora Box untuk mengelakkan penyalahgunaan dan perlu dimusnahkan.


Serena dan Xander

Berbincang sambil baling bom tangan

Tentera Rusia menyerang


Tentera Rusia menyerang pulau itu. Team Cage berjaya tumpaskan penyerang, Xiang melarikan diri bersama Pandora Box dan Cage mengejarnya ke pantai tapi Xiang berjaya lesap. Serena menyertai team Xander dan memusnahkan peranti satelit itu.


Mampu naik moto dalam laut

Hebat betoi meluncur pakai moto

Serena join team Xander


Selepas insiden satelit lain di Rusia, Jane tahu peranti yang dimusnahkan Serena hanya 1 prototaip, team Cage telah membuang masa. Cage perasan pengarah CIA terlibat dalam konspirasi bahawa Kotak Pandora sebenarnya berada di tangannya.


Team Cage dan Xiang menjejaki isyarat Pandora Box. Mereka berkerjasama melindungi diri dari tentera upahan Jane. Program xXx ditamatkan dan Jane menembak Xander. Kemudian menghantar pembunuh upahan untuk jejak team xXx yang berada di sebuah gudang.


Bila gegadis beraksi

Tony Ja tak pernah tak kelakar


Xander memakai kalis peluru. Jane menggunakan Pandora Box untuk menjatuhkan satelit ke gudang. Xiang berjaya masuk ke jet dan Jane jatuh dari pesawat sambil Xiang membawa Pandora Box. Usaha Becky menghentikan isyarat gagal. Xander berjaya menyelamatkan teamnya dan memusnahkan Pandora Box. Rupanya Gibbons memalsukan kematiannya dan tubuh semula program xXx.


⭐⭐⭐⭐


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com