30 Nov 2016

Maggi OatMee

Assalamualaikum Readers..

 
Maggi OatMee | Maggi OatMee Baru Perisa Kari | Siapa belum try? Serius jatuh hati dengan tekstur Maggi OatMee ni. Lebih kenyang dari Maggi biasa, yelah dah combined dengan oat. Cuma warnanya coklat dan harga up sikit. Nak buat murtabak maggi jadi saja try guna oatmee ni so far not bad. Meh nak review Maggi baru ni. Harap ada yang tersuka 😃



Maggi OatMee


Satu bungkus ada 4 paket


Baca tanpa was-was. Heee


Maggi OatMee warna coklat 


Maggi yang kenyal dan tak terlalu kembang


Perencah OatMee. Tak guna pun, tak tau rasa


Kalau nak lebih ummphhh, elok goreng dengan bahan-bahan lain dari makan gitu saja. Teksturnya yang tak kembang tu buat Nina suka. Hehe.. Tak lah muak makan banyak. 


29 Nov 2016

Resepi Murtabak Maggi Cheese


Assalamualaikum Readers..


Resepi Murtabak Maggi Cheese | Makanan ni termasuk dalam list breakfast + lunch di ofis. Jimat banyak dah duit since bawa bekal. Mak naik geli nak beli apa-apa makanan di kantin kilang. Kebersihan tu penting. Mungkin orang cakap makan maggi tak elok. Hey hey bukan selalu. Terasa sedapnya makan panas-panas cicah sos cili 🙊 perghh !



Murtabak Maggi Cheese


Bahan mudah murtabak maggi



Murtabak Maggi Cheese ni pula dah ada peminat, "awek MFH otherwise pakwe dia peminat nasi lemak mak bf" . Entah apa yang sedap dengan masakan Nina pun tak tau. Dibuat dengan penuh kasih sayang kot. *Sila muntah 🙈 Ok meh nak share.





Bahan-Bahan : 


2 bungkus Maggi (perisa kari)
Minyak (untuk menggoreng)
Sedikit garam & lada sulah
5 ketul sosej Ayamas (digoreng)
2 keping keju
3 biji telur



Kesemua bahan dah di campur



Cara Memasak :


1. Rebus terlebih dahulu maggi. Rebus maggi hingga separa lembut.


2. Toskan dan gaul bersama perencah. Nina tak guna perencah maggi pun boleh.


3. Potong sosej yang telah digoreng, keju yang dipotong segi empat, sedikit garam dan lada sulah.


4. Pukul telur dan masukkan ke dalam maggi.


5. Gaul sehingga sebati



Maggi dah digaul dengan telur


Murtabak maggi cheese meleleh leleleh



6. Panaskan minyak


7. Guna jari pun boley nak bulat-bulatkan adunan maggi tu sebelum campak dalam kuali. Make sure cheese dan sosej dalam maggi.



Nak tukar menu kepada seafood pon boleh, ikut citarasa. Selamat mencuba 🙋



25 Nov 2016

Twisties Kaboom! BBQ Curry


Assalamualaikum Readers..

 
Twisties Kaboom ! BBQ Curry Baru | Pengaruh media sosial sekarang ni betol-betol menggoda orang. Maknanya subjek marketing pandai ler tu. Mesti korang perasan iklan Twisties kat TV sekali makan meletup orang tu? Alhamdulillah Nina dalam keadaan sihat walepatliat 😆 haa.. Lebih kurang rasa macam yang lama ! Hahaha 😃 Gua tertipu, paket je yang betuko weyh.


Twisties BBQ Curry suatu ketika dulu fav Nina | Dapat diskaun hanya RM 1.69



Siapa tak makan Twisties, rasanya dah lama keropok ni ada. Dari umur 3 tahun (1993) dah makan, siap beli berpeket-peket sebab kucing Siam kite makan perisa ayam yang hijau tu. Mana nak dapat kucing tak makan ikang 😆 . Lepas tu mak dah stop beli sebab takut anak tak cerdik. Sekarang tak berapa gemar makan apa-apa brand keropok. Yelah junk food, fast food, nak jaga pemakanan. 


Baca tanpa was-was bahan-bahan dalam Twisties


Twisties BBQ Curry yang keemasan. Perghh paket besaq isi sikit ciskek betoi


Tak sangka keropok ni ada diskaun. Haa nak promosi lettew. Janji dah makan sepeket habis. Puas hati la jugak sebab lama tak makan. Hehe.. Korang suka perisa apa? 😋

24 Nov 2016

Review Filem : Doctor Strange

Assalamualaikum Readers..



Review Filem Doctor Strange | What's Up Guys ! First time tengok movie paling WOW !! Tak boleh imagine macam mana terbalikkan bandar London 😜 Pheww.. Sesiapa yang belum tengok, korang harus terjah wayang. Pestime kite excited dengan movie Marvel. Sangat kelakar dan berjaya mencapai box office dari budget $165 million ke $504.9 million. Meh layan Doctor Strange angkuh ni 😉



Doctor Strange? Sekian lama tunggu movie Marvel selepas Captain America : Civil War. Filem ke 14 dalam siri Marvel Cinematic Universe ini. Rasanya ramai tahu Doctor Stephen Vincent Strange antara salah seorang superhero terkuat dalam Marvel. 



Doctor Stranger Poster



SINOPSIS DOCTOR STRANGER :



Di Nepal, ahli sihir Kaecilius dan pengikutnya pecah masuk bilik rahsia Kamar-Taj dan membunuh penjaga library itu, menjaga teks-teks kuno dan magic. Stephen Strange, seorang pakar bedah otak yang kehilangan keupayaan tangannya dalam kemalangan kereta. Pelbagai usaha untuk pulihkan tangannya tapi sia-sia.



Selepas mendapat tahu Jonathan Pangborn, bekas pesakitnya yang lumpuh dapat berjalan semula. Strange ke Kathmandu. Di sana, Strange dibawa oleh Mordo, salah seorang ahli sihir. Ancient One menunjukkan Strange kuasanya seperti Mirror Dimension. Strange meminta Ancient One mengajarnya, dan akhirnya dia setuju walaupun sikap sombong Strange mengingatkannya pada Kaecilius. 




Doctor Strange tiba di Nepal

Kesian kena macam-macam dengan Ancient One


Ancient One ajar cara nak gunakan sihir


Strange mula diajar oleh Ancient One, Mordo dan membaca buku-buku kuno di library yang dijaga oleh Master Wong. Belajar bahawa Bumi dilindungi dari dimensi lain dengan ejaan terbentuk di 3 bangunan dipanggil Sanctums (New York, London, Hong Kong). Tugas ahli sihir adalah melindungi Sanctums. Kemahiran Strange cepat selama beberapa bulan, walaupun dalam diam mencuri baca teks yang Kaecilius telah curi sehelai mukasurat. Belajar cara melewatkan masa dengan Eye of Agamotto.




Ancient One membunuh pengikut Kaecilius


Doctor Strange menggunakan Eye of Agamotto


Kaecilius memanggil Dormammun


Mordo dan Wong memberi amaran jangan melanggar undang-undang alam, membandingkan kesombongan kerana kuasa dan Kaecilius, percaya selepas kematian punya hidup yang kekal. Kaecilius dan pengikutnya menggunakan halaman yang dicuri untuk memanggil Dormammu dari Dimensi Gelap, di mana masa tidak wujud dan semua boleh hidup selama-lamanya. Memusnahkan Sanctum London, dan Strange ke New York Sanctum untuk melindungi dan jubah Levitation melekap di badan.




Bandar New York yang berada dalam dimensi cermin


Strange cedera dan ke hospital bertemu gf


Part kelakar ! Haha.. Kesian Palmer asyik terkejut tengok roh Stranger keluar badan




Kaecilius dedahkan Ancient One hidup lama kerana ambil kuasa dari Dormammu dan membunuh Ancient One jatuh dari bangunan. Strange, Mordo tiba di Hong Kong mencari Wong dan Sanctum telah musnah, Dimensi Gelap menyelubungi bumi. Strange menggunakan Eye Agamotto untuk kembalikan masa dan Dimensi Gelap memerangkap dirinya dan Dormammu dalam masa yang sama selama-lamanya. Selepas membunuh Strange banyak kali tapi tak berjaya, Dormammu berat hati bersetuju meninggalkan Bumi dan bawa Kaecilius, pengikutnya bersama. Kecewa dengan Ancient One yang ingkar alam semula jadi, Mordo menarik diri.




Strange dan Mordo




#MyReview:



  • Doctor Strange hanyalah seorang pakar otak yang ego, annoying dan berlagak tahu dalam semua perkara hingga satu hari dia terlibat dalam kemalangan dan kejadian itu memusnahkan kerjayanya sebagai pakar otak. Pelbagai cara telah dicuba untuk memulihkan tangannya tetapi tak berjaya sehingga dia tiba di Kamar-Taj, Kathmandu, Nepal dan bertemu Ancient One.

  • Seorang doctor moden boleh percaya dengan sihir? Siapa sangka Doctor Strange kelakar rupanya. Banyak part yang kelakar dan gelak besar dalam movie ni.

  • Macam mana Strange boleh mahir guna Eye of Agamotto tu? Cloak of Levitation selamatkan Strange? Siap lap air mata Strange. Haha.. Benar ke Time Stone dalam Eye tu?

  • Jalan cerita yang memang awesome dan tak membosankan. CGI memang tiada movie dapat tandinginya. Bandaraya London, Now York boleh terbalik? Kalu tengok dalam 3D rasanya lebih baik.

  • Cara Doctor Strange berunding dengan Dormammu supaya tinggalkan Bumi dan jangan kembali semula ke Bumi terbaik. Tension betul Dormammu melayan kerenah Strenge. Hahaha

  • Palmer, kekasih Strange walaupun ada dalam beberapa babak tetapi tetap kelakar. Since terkejutnya di hospital, buat pesakit jantung habis.

  • Jangan keluar awal, ada sesuatu endingnya, tetiba muncul Thor yang sedang minum bir berkali-kali haha sebab Doctor Strange guna magiknya. Mereka akan bergabung. Tungguuuuu 😃


Tiket mahal janji BEST


🌟🌟🌟🌟🌟


23 Nov 2016

Resepi Kentang Goreng Mudah


Assalamualaikum Readers..


Resepi Kentang Goreng Mudah | Kentang Goreng Pedas | Ini resepi buat makan sahur minggu lepas 🍟 Suka ganti puasa awal-awal, kan lebih bagus 😉 Kalau dah habis ganti, bagus la 👍 Alhamdulillah. Sahur masak lauk ni saja, ok ler dalam rumah kita sorang je yang tak monopossss lagi ! 😄 Haha.. Sangat simple, dan suka masak makanan yang tak banyak proses. Meh nak share, buat anak-anak dara yang nak belajar masak tu.


Kentang Goreng makan dengan nasi panas-panas fuhh



Bahan-Bahan :


2 biji ubi kentang (ikut suka berapa biji, dipotong nipis)
Ikan bilis (digoreng)
1 ulas bawang merah
Sedikit perencah
Cili blend
Garam



Mr Potatos dah jadi slice



Cara Memasak :


1. Goreng kentang yang telah dipotong nipis sehingga sedikit garing

2. Goreng ikan bilis dan ketepikan


Kasi goreng dulu itu kentang

Nak ratah saja pon boleh

Kentang dan ikan bilis yang dah siap digoreng



3. Masukkan bawang merah dan tumis hingga kekuningan

4. Masukkan cili boh (ikut suka nak pedas tahap mana kan), sedikit garam, perencah dan sedikit air

5. Masukkan kentang dan ikan bilis. Kacau hingga sebati



Dah siap, masak 30 minit saja, ada lagi pending resepi 😕
 

21 Nov 2016

Peniaga Kedekut

Assalamualaikum Readers..

Mee Rebus atau orang utaqa panggil Mee Kuah memang faveret Nina. Kebiasaannya kami sekeluarga suka makan di kedai ni, kerana mee rebusnya yang sedap, banyak dan kuah pekat. Ayah dah jadi pelanggan setia, tapi bila tukang masak bertukar, memang tak beli ler sebab masak pun nak kedekut. Kuah ceroi (cair), baik tak payah buka aib si tukang masak ke 2. Asal nak beli mesti kena tengok tukang masak. Hahaha 😅



Mee rebus janji sedap



Nowdays banyak sangat dengaq mak mengadu dengan peniaga-peniaga Melayu kita. Ada yang tak kedekut, ada yang jual sambil bersedekah, ada peniaga jujur dan cekik darah contohnya :


- Jual sayur tak segar harga mahal
- Beli ikan, dah bayar last-last ikan hilang a.k.a curi (tak halal dunia akhirat)
- Beli ikan abam baik hati (naik segan asyik dapat diskaun, ikan dah segar)
- Beli di kedai runcit kesayangan mak, dapat diskaun. Baiknya anak mami tu
- Lastly mee rebus ni 4 hingit je tapi kedekut bahan. Nak beli kena tunggu owner masak ada dikedai
- Jual buah busuk campur elok = harga mahal 😠



Conclusionnya, disini tak kira peniaga tua atau muda ada macam-macam perangai. Alhamdulillah, setiap apa yang manusia buat pada kita, Allah gantikan yang baru. Nasib baik tak p teman mak beli. Kalau tak 'tersound' . I is mulut takdak insurans. Insurans nyawa saja ada. Kalau Napis dengaq mesti kena syarahan agama. Deep ! 😌 Eh korang pernah ke alami situsi sama? Meh share. 


20 Nov 2016

Penang Sentral Bakal Dibuka

Assalamualaikum Readers..


Penang Sentral Bakal Dibuka | Penang Sentral 2017 | Mercu tanda baru bagi penduduk Pulau Pinang. Setanding dengan KL Sentral tetapi yang membezakan ialah bangunan dan tapak keretapi. Kalau di KL underground kan, di sini stesen bas dan keretapi bersebelahan. Masih tak dapat nak pastikan bangunan tinggi dan bertingkat ni akan ada Mall atau benda lain. Sama-sama kita tunggu.


Penang Sentral Opening Soon on January 2018 tapi macam lewat siap


Dulu, tapak bangunan asal ni tempat ulang alik naik bas ke Alor Star - Butterworth - Ipoh atau dari KL. Stesen KTM Butterworth juga dah bertukar baru sejak ada ETS. Teringat conversation dengan Jay (Buddha tapi muka Indian Guy) dalam bas dari PIA (Penang International Airport) balik ke jeti dan tolong dia yang tak reti nak beli tiket bas or train balik ke Taiping. I'm quite impressive bout him. Dia arkitek dari airport Dubai yang baru transfer ke Istanbul. Dari sana balik Malaysia just nak jumpa neneknya. Yang kelakar atas feri, siap tunjuk semua benda dalam wallet sebab muka aku was-was 😂


Dia ada teka, design bangunan Penang Sentral ni nampaknya akan jadi lebih kurang macam di Dubai, stesen bas + shopping mall + hotel. Maybe teori Jay boleh pakai. Hehe.. Sayangnya kami lost contact, kalau tak mesti boleh travel Istanbul tanpa tour guide ! Haha.. Harap-harap dia tak pening dengan gadis Turki yang disukai tu. Susah nak explain soalan dia yang berbunyi 'kenapa ada gadis Muslim pakai tudung dan free hair?' (translate bm) 😅 Sorry dah melalut. 


19 Nov 2016

Cerekarama Di Pintu Syurga

Assalamualaikum Readers..


Cerekarama Di Pintu Syurga Lakonan Redza Rosli Dan Janna Nick akan datang di TV3 | Gandingan Redza Rosli Dan Janna Nick | Sweet sangat tengok gambar-gambar dorang shooting. Tak ada lagi sinopsis drama ni. Nanti Nina update lain. Tak sabar nak tengok drama ni, gambar-gambar dorang shooting menggambarkan drama ni nampak best ! 😊


Pelakon Di Pintu Syurga



Telemovie terbaru Redza Rosli dan Janna Nick, masing-masing nampak sesuai berlakon bersama. Lama tak tengok drama lakonan mereka berdua ni. Boleh kencing manis. Meh layan gambar shooting dorang dulu 😆 Hehehe. Lama tak buat entri promote drama.


Ciannya sakit

Janna dan Aleeza

Redza Rosli dan Janna Nick

Berkerusi roda pun segak lagi Janna Nick ni

Sweet ! Nantikan drama terbaru Janna Nick dan Redza Rosli ok peminat



Redza Rosli
  
Janna Nick

Kredit : Google, IG Redza Rosli, Janna Nick & Fans Club

18 Nov 2016

Majlis Aqiqah Faris

Assalamualaikum Readers..


Majlis Aqiqah Pekena Lamb Chop | Alhamdulillah, majlis going well. Rasanya ini macam 1st time majlis Aqiqah siap berendoi. Seronok baby zaman moden sekarang ni. Baby zaman dulu jangan harap nak ada majlis-majlis macam ni. I is jeles tapi zaman dah berubah. Tapi buat seorang Nina yang kuat makan ni, sampai tempat kejadian bukan nak masuk rumah tengok makcik-makcik tengah berzanji tapi cari makan. Balik kerja mesti lapaq 😜



Lamb Chop super sedap. Sedap sos black paper tuuu

Muhammad Faris sebelum dibotakkan. Kemain nangis kuat bila pisau cukur kena kepala. Ada iras abang Farhan masa baby. Hihi



Sorry ler ini saja gambar yang sempat snap, bateri fon kong dan my abang Yon pinjam powerbank. Apa nak dikata, makanan sajalah menarik perhatian, bila tengok kambing dah dipanggang. Sebab i really really know at the end mesti kena basuh pingan 😌 . Takpe tunggu sorang lagi baby balik dari Selangor. Baby girl punya majlis dijangka awal bulan 12. Mesti ada Lamb Chop lagi. Aumm 😂

17 Nov 2016

Dettol Fresh pH Balanced Body Wash And Dettol Gold

Assalamualaikum Readers..


Review Dettol Fresh pH Balanced Body Wash and NEW Dettol Gold | Hi semuaa ! Kali ni nak review lagi. Sebelum ini jangan harap nak usha sabun mandi Dettol, tetiba terus jatuh hati dengan sabun Dettol orangiur. Sampai repeat beli tau. Dedulu Dettol ni untuk basmi kuman je, anti septik kan. Asal balik dari bermain, lutut lah kaki lah mesti luka jadi mak sapu Dettol atau mandi dengan Dettol nak bunuh kuman katanya 😏


Dettol Fresh pH Balanced Body Wash & Dettol Gold - RM 6.90


Baca segala bahan tanpa was-was



Dettol 'Fresh' ni nampak segar dengan sitrus limau. Salah satu sabun mandi kegemaran! Botol yang flexsible nak bawa travel, gel orange yang wangi, penutup flip yang bagus ketika buka dan tutup. Gel tak keluar dari botol. Sesuai dibawa kemana saja. Gel nampak tebal dari luar botol selepas guna gel tak tebal dan tak terlalu berair. Pakai sikit dan mudah dicuci. Memberikan rasa bersih dan segar selepas mandi! Gel ni tak keringkan kulit 😍 Paling suka lepas mandi bau limau, bau tahan lama, bila terkena air bau limau seolah-olah baru mandi.



Penutup yang selamat dari kebocoran

Warna gel Dettol Gold yang berkilau


Warna gel Dettol Fresh bercampur dengan Dettol Gold. Warna seakan-akan sama


New Dettol 'Gold' ini pula agak unik, kerana gelnya berwarna emas dan ada shining gituw. Maybe orang lain akan tertarik dengan warna berkilau keemasan tapi baunya tak begitu menarik minat Nina. Hehee.. Lain orang lain citarasa, nasib dapat trial. Terdapat juga gel berwarna hijau tua. Sesiapa yang belum cuba sabun mandi Dettol ni boleh try. Mana tau ada yang terpikat 😊


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com