13 October 2017

Medan Indonesia 2017 : Perkampungan Batak Di Pulau Samosir


Assalamualaikum Readers 🙉


MEDAN INDONESIA 2017 : PERKAMPUNGAN BATAK DI PULAU SAMOSIR


Bersambung entri bulan 4, malas tapi bila nak habis entri Indonesia. Blogger Anies pun dah start Kemboja 😂😂 Aku entah bila nak start. Kami ke perkampungan Batak saja tapi bukan kaum Batak. Tulah kita selalu cakap perangai macam orang Batak 😝😝 Sambungan dari sini


Pelabuhan Penyeberangan Tomok

Tomok di Malaysia pun ada

Besar juga Pulau Samosir

Makan Raja Batak


Kami tiba di Pulau Samosir, banyak anjing betoi. Tulah suka sangat menganjing. Haha.. Sebelum shopping, masuk tengok rumah tradisional Batak dan Muzium Batak. Seram tapi baca doa apa yang patut, ada budak Mayesa kang tak leh tidur pulak.


Pintu ke Sigale-gale

Terus ke toilet

Ready nak menari


Laluan harus melalui kedai-kedai orang Batak. Mata rambang tengok kain-kain tenun. Kami masuk ke Wisata Parsaoran, nak menari tarian Sigale-Gale dan rumah-rumah orang Batak yang klasik tapi tak macam rumah Minang.


Patung anak raja Batak. Wajib pakai kain yang ada untuk acara

Unikkan rumah Batak


Tarian Sigale-Gale masyarakat Batak di Samosir. Sebuah patung berbentuk manusia yang digerakkan dan menari ikut muzik tradisional. 


Patung Sigale-gale berusia ratusan tahun dari cerita raja Batak kehilangan anak tunggalnya. Raja teringat anaknya pewaris dari keturunan raja itu. Kerana terlalu sedih raja jatuh sakit.


Penasihat raja membuat patung kayu yang menyerupai wajah anak raja. Beberapa upacara termasuk menyeru roh anak raja masuk ke dalam patung dan ditunjukkan kepada raja. Ajaibnya setelah raja lihat patung terus sembuh.


Dah habis menari. Macam nyah jadinya

Tak tau tiang apa ni


Dah habis menari, skip Makam Raja Batak. Scary nak masuk. Terus ke Muzium Batak. Macam-macam ada. Boleh tengok barang-barang purba. Tak ambik gambar sebab gelap.


Kubur Raja Batak yang scary. Ada kesan darah so kami skip tak masuk. Takut

Pintu masuk buat tegak bulu roma kami. Ada kisah ukiran cicak tu. Nina dah lupa haha

Tomok ada buat muzium rupanya kat sini. kahkah

Sekali tengok macam haunted house. Masuk pun pegang tangan. Tipu je

Dah nak balik baru perasan kera ni tergayut sana sini. Motif apa pun tak tau lah.


Yeahh tunggu entri shopping sampai gadoh dengan peniaga Batak. Memang cari gadoh letak harga cekik leher. Hahaa.. Siapa tak suka shopping 😅


5 October 2017

Belanja Officemate Korban Pizza Hut

Assalamualaikum Readers ☺️


8 Oct, genap sebulan kerja tempat baru, new environment, new people, new knowledge gitu. So far ok. Tak dapat nak dedahkan muka-muka team I sebab saja nak privatekan life dari pengetahuan orang. Yelah, stalker banyak baca blog ni. Bukan perasan tapi I know each one of them 😆😆 Gelak jahat..


Super & chicken supreme ni dah jadi benda wajib makan + 2 mushroom soup bawah RM 50


Bersempena dengan gaji pertama, berbesar hati nak belanja, bak kata Ustaz Kazem, lagi banyak kita belanja (sedekah) orang lagi murah rezeki. Itu prinsip hidup dan ikut perangai bapakku. Share rezeki tak salah, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 😆😆 Simple COD ke ofis.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com