16 August 2017

Makan Nasi Minyak MasXAfiq


Assalamualaikum Readers 🙌

Kembali bersiaran untuk cerita sensasi lagi basi. Hahaha *ketawa ke tu? 😂😂 Hujung bulan lepas, berlepas awal pagi ke KL. Sesudah subuh sejuk ngap ngap dalam ETS 😑😑 Berharap sampai tengahari terus terjah makan nasi minyak memerangkap lunch.


Kawan dari kolej pengantin ni. 3 girls to let go. Selamat pengantin baru Mastura dan Afiq. Pengantin pon dah honeymoon.


Sedih nunggu Pika kutip, pakai baju moss green tunggu tepi pokok keladi, jadi iguana hampa tau dak. Driver tak nampak 😂😂 ala pokok depan pintu masuk parking Nu Sentral. Mesti korang tau.


Nasib hujan benti boleh selfie sat

My classmate & housemate. 8 years dah

Hujan turun semula.. sanggup redah hanya untuk aiskrim


Alhamdulillah dalam hujan renyai, hujan menyambut kedatangan Nina di Bangsar. Susah nau cari parking dalam kawasan Taman Bukit Antarabangsa 😂😂 Seronok sekali sekala berjimba di KL dengan kengkawan lama. Rindu bangat. 

8 August 2017

Duit Raya & Hadiah Birthday


Assalamualaikum Readers 🙆

Hai Ogos 😂 walaupun hari raya dan hari lahir dah lepas tapi still dapat duit raya, birthday gift dan kad raya !! 😅😅 Nasib baik bukan aku sorang dapat lewat, ada lagi pekerja situasi sama included bf.


Duit raya Mattel release 27 Julai 

Birthday Gift untuk setiap pekerja. Received by security 3 Jun tapi dapat 3 Ogos. Kah!


Kalau dulu dapat angpow, kali ni duit raya pula serba hijo. Alhamdulillah dapat jugak, sapa lah peram lama-lama all this stuff 😝😝 Semua lawa dan exclusive. Mana nak dapat kat luar. 

7 August 2017

Nestle Bliss Plus Baru


Assalamualaikum Readers 🙋


Nestle Bliss Plus Apple, Cranberry & Pomegranate | Nestle Bliss Plus Apple, Buah Markisa & Lemon | Dah try 3 perisa baru Nestle Bliss ni. Baru try 2 perisa ini dan dibeli di 2 pasaraya dengan harga berlainan. Kedua-dua perisa sedap! 


Neste Bliss Plus beli di Econsave RM 5

Rasanya masam manis


Nestle Bliss Plus beli di Billion RM 5.59

Manis juga tak berapa masam walaupun ada lemon


Macam-macam keluaran Nestle Bliss kan? Setiap kali keluar perisa baru mesti nak try 😆😆

6 August 2017

Film Review xXx : Return of Xander Cage


Assalamualaikum Readers 😉


Review Filem xXx : Return of Xander Cage | What's up guys, lama tak up entri movie, bukan tak tengok tapi malas update 😂😂 Ini movie dari awal bulan Mac ok. Satu lagi filem Vin Diesel sebagai producer. Yang belum tengok boleh download. Filem yang menelan belanja $85M dan box office sebanyak $346.1 million. Perghh i knew it mesti best 💃💃

xXx Return of Xander Cage


SINOPSIS xXx : RETURN OF XANDER CAGE


Agen NSA, Augustus Gibbons cuba merekrut pemain bola sepak Neymar Jr. untuk program xXx apabila satelit jatuh dan membunuh mereka. Kemudian, 1 team, 4 orang ahli yang diketuai oleh Xiang (Donnie Yen) menyusup ke pejabat CIA untuk mencuri 'Pandora Box', sebuah peranti yang boleh control satelit untuk dijadikan bom.


Agen CIA, Jane Marke menjejaki ex Xander, Xander Cage (Vin Diesel) yang memalsukan kematiannya dan hidup sendiri di Dominica untuk kembali berkhidmat dan mengambil semula Pandora Box.


Xiang mencuri Pandora Box

Xander mendapatkan semula siaran tv untuk penduduk

Jane jahat rupanya


Cage mendapatkan bantuan kawan lamanya, Ainsley dan menjejaki Xiang bersama teamnya sendiri terdiri dari 3 orang, dibantu pakar senjata, Becky (Nina Dobrev). Cage bertemu Xiang dan Serena (Deepika) di sebuah pulau terpencil. Xiang juga agen xXx, direkrut oleh Gibbons, mencuri Pandora Box untuk mengelakkan penyalahgunaan dan perlu dimusnahkan.


Serena dan Xander

Berbincang sambil baling bom tangan

Tentera Rusia menyerang


Tentera Rusia menyerang pulau itu. Team Cage berjaya tumpaskan penyerang, Xiang melarikan diri bersama Pandora Box dan Cage mengejarnya ke pantai tapi Xiang berjaya lesap. Serena menyertai team Xander dan memusnahkan peranti satelit itu.


Mampu naik moto dalam laut

Hebat betoi meluncur pakai moto

Serena join team Xander


Selepas insiden satelit lain di Rusia, Jane tahu peranti yang dimusnahkan Serena hanya 1 prototaip, team Cage telah membuang masa. Cage perasan pengarah CIA terlibat dalam konspirasi bahawa Kotak Pandora sebenarnya berada di tangannya.


Team Cage dan Xiang menjejaki isyarat Pandora Box. Mereka berkerjasama melindungi diri dari tentera upahan Jane. Program xXx ditamatkan dan Jane menembak Xander. Kemudian menghantar pembunuh upahan untuk jejak team xXx yang berada di sebuah gudang.


Bila gegadis beraksi

Tony Ja tak pernah tak kelakar


Xander memakai kalis peluru. Jane menggunakan Pandora Box untuk menjatuhkan satelit ke gudang. Xiang berjaya masuk ke jet dan Jane jatuh dari pesawat sambil Xiang membawa Pandora Box. Usaha Becky menghentikan isyarat gagal. Xander berjaya menyelamatkan teamnya dan memusnahkan Pandora Box. Rupanya Gibbons memalsukan kematiannya dan tubuh semula program xXx.



⭐⭐⭐⭐


5 August 2017

34,302K Pageviews Entri Vietnam, Terima Kasih Pembaca !


Assalamualaikum Readers 😉


Perasaan macam nak travel lagi je 😆😆 Rasa nak rehat sat tapi benda ni jadi ketagih. Ada rezeki tak kemana. Apapun puas tengok PV entri Ho Chi Minh. Kipidap untuk diri sendiri yang malas nak habiskan entri travel tahun ni. Terima kasih readers 🙌🙋 34,302K and counting's 💃


Trip gegadis ke Ho Chi Minh berjaya!


Tak sangka ramai betoi baca blog aku ni. Haha.. Acehh berbaloi taip panjang-panjang siap bagi no fon tour guide tapiiii still ada hantar email mintak no 😂😂 ada juga mak tak terbalas email. Maap disengajakan 😄 Apapun tuan blog dah tolong smoothkan perjalanan ke HCM. 


3 August 2017

Whiskas Junior Beli 5 Percuma 1


Assalamualaikum Readers 🙋

Promosi Whiskas Junior Beli 5 Percuma 1 memang kena grab berpeket-peket lah sampai nak bayar pun orang tanya beli apa 😂😂 

Whiskas Junior

Ada pulak jadi duta Whiskas tak berbayar. Nak jadi macam Bujibu


Alhamdulillah jimat! sapa yang bela kucing tu cepat-cepat p tengok promosi Whiskas ok. Bukan main suka anak-anak kucing mak yang baru 😄

2 August 2017

Tina Hilang Angkara Jiran?


Assalamualaikum Readers 😎


Benda paling mak sayang, kucing betina dia. Sejak Tina hilang pagi 15 Julai lepas, hari-hari teringat kucing dia kat mana, entah makan ke tidak, tidur kat mana. Kalau rindu sampai nangis-nangis. Orang bela kucing saja yang ada simptom-simptom macam ni 😯

Tina suka tengok tv. Last time movie raya


2 hari cari tapi hampa. Fikir punya fikir, kucing aku kalau keluar rumah mesti pandai cari rumah sendiri, tak berani nak pergi jauh, jumpa orang tak kenal lari sebatu melainkan ada makhluk tangkap.

Siapa tak sayang kucing, dah bela siap berhabis duit beli makanan dan bawak ke klinik. Mungkin takda rezeki


Maka, kami anak beranak pun syak jiran. Ada 'sekor' tak suka kucing, penah jiran lain cerita perihal jiran kami yang simbah air panas ke kucingnya. Wallahualam.. Sejak kucing aku hilang, jiran tu tak datang sembang di rumah.


Beringat pemilik kucing, jaga kucing jangan sampai kena curi, kena tangkap dan buang di tempat lain dan kena langgar dengan kereta jiran macam kes Nina, kena racun (kucing kawan). Depan nampak baik, hati tak tahu. Semoga Allah balas segala perbuatan mereka menganiaya binatang. Orang zaman sekarang tak takut buat dosa. 


1 August 2017

New Starbucks Pop'Zel Coffee Frappuccino & Blogger LZ


Assalamualaikum Readers 😉

New Starbucks Pop'Zel Coffee Frappuccino | Percuma membership card dari Blogger LZ | Hampir sebulan tak update blog, bukan malas tapi busy, mood down sebab kucing hilang, lappy rosak. Biasa la orang ada life.. Haha 😅😅 Slowly, Nina up story. Thanks for those who still dropping comments 😙 tanya kenapa takda entri baru. Do you miss me? Haha


Starbucks Passion Oreo Cheese Cake


Entri basi since (23 May), bulan puasa lepas, terima kasih Blogger LZ untuk kad Starbucks. Dapat juga rasa flavor baru. The price boleh nangis 😂😂 2x setahun baru minum Starbucks walaupun dah lama jadi ahli. Itu pun kalau ketagih 😅


Starbucks Pop'Zel dan Popcorn. Close up

Starbucks Pop'Zel Coffee Frappuccino for this year. Boleh muak minum banyak, then tapau bawak balik


Sekali sekala boleh layan, dengan harga 2 minuman rasanya not worth it. Boleh makan Sushi King sepuasnya. Apa pun rasanya sedap dan paling manis. Suka rasa popcorn yang ditabur bersama Pop'Zel. 


2 Popzel Frappuccino + Chip (20.70 + 3.00) - RM 47.40
Add on Gelato Vanilla Bean - RM 12.60
Passion Oreo Cheese Cake - RM 12.80

TOTAL : RM 72.80 (incl gst)


Topup Card 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com