11 December 2017

Medan Indonesia 2017 : Shopping Di Samosir


Assalamualaikum Readers 😃


MEDAN INDONESIA 2017 : SHOPPING DI SAMOSIR


Sambungan entri sini ke perkampungan Batak. Ramai tanya sejarah Raja Batak. 


Di sana ada 1 kubur tercalit darah asli. Itu makam raja Batak. Raja akan makan daging musuhnya. Raja Batak mati dan gov Indonesia beri kemudahan di pulau Samosir. Dah maju, jadi pusat pelancongan. Kaum Batak sudah moden lama kelamaan tak amal upacara itu. Ada kaum Batak keluar dari pulau Samosir dan menetap daerah lain.


Lalu dikawasan kedai

Bermacam souvenir ada


Kawasan makam, muzium dan perkampungan di sekelilingnya ada kedai-kedai souvenir. Banyak dan cekik darah. Gunakan taktik tak bagi murah blah. Pompuan Batak jenis cakap keling, putar belit. Dah jadi tradisi kaum Batak, laki duduk rumah jaga anak, bini terboyot meniaga 😐😐


Nak shopping hati-hati. Kalau FM sekeping Rp 20k (RM 6++) memang mahal. Cari punya cari jumpa kedai area makam. Kedai takda nama. Nina tunjuk muka tokey saja. Tawar-tawar sampai murah bila nak bayar harga naik. Sabar jelah 😞😞 


Ini tokey kedai. Muda dan paling lawa. Sebab gadis Batak tak cerah

Borong baju T-shirt. Sehelai dalam Rp 35k

WAJIB beli kain tenun Batak. Menyesal tak ambik warna ni. Huwaaa

Kain tenun Batak lain dari negara lain. Hanya di Toba

Kedai borong FM 5 keping Rp 20k . Lama nak bargain dah dapat terus ambik

Kasut selipar kayu. Unikkan

Gelang dan rantai manik toksah cakap banyak

Perjalanan balik ke pangkal jalan ke jeti. Tak pasal kena tinggal bot.


Pulau Samosir tersangat besar, sayangnya tak sempat nak tawaf keliling pulau super cantik ni. Ada lagi view selfie. Agak nak tawaf keliling Danau Toba ni mau seminggu baru cukup. Ok, nanti Nina up entri karok di hotel. Free katakan 😀😀


9 December 2017

Film Review : Wonder Woman


Assalamualaikum Readers 😃

Review Filem Wonder Woman |Lama tak up entri movie. Berduyun-duyun nak kena update. Ok movie ni dapat tiket free untuk birthday bulan Julai lepas 😅😅 Filem box office 821.8 million. Perghh penangan Gal Gadot.


Wonder Woman poster


SINOPSIS FILEM WONDER WOMAN


Di Paris, Diana Prince terima fotonya & 4 lelaki semasa World War 1. Kembali ke masa lalu, anak kepada Ratu Hippolyta, dibesarkan di pulau tersembunyi, Themyscira, kediaman pahlawan Amazon yang dicipta oleh Zeus untuk lindungi manusia. Hippolyta kongsi sejarah Amazon bagaimana Ares, anak lelaki Zeus, cemburu kepada manusia. Zeus menghalang Ares hingga mati dan tinggalkan Amazon dan pedang "Godkiller" untuk bila Ares kembali.


Diana dan Ratu Hippolyta. Cantik betol pulau ni

Diana selamatkan Steve Trevor



Antiope, ibu saudara Diana melatihnya menjadi wanita pahlawan. Sehingga perisik Amerika, Kapten Steve Trevor diselamatkan Diana selepas pesawatnya terjunam ke laut kerana dikejar kapal Jerman. Amazon membunuh tentera Jerman. Antiope terbunuh kerana menyelamatkan Diana. Steve bercakap benar dengan Lasso of Hestia (tali emas) bahawa perang membinasakan manusia. Dia mencuri buku ahli kimia, Isabel Maru yang cipta gas beracun untuk Jeneral Erich Ludendorff. Percaya Ares cetus perang, Diana meninggalkan Themyscira.


Bunuh tentera Jerman

Wonder Woman dan perisai


Di London, buku Maru diserah ke Majlis Perang, Sir Patrick Morgan. Diana terjemah nota Maru dan Jerman rancang lepas gas maut di Belgium. Steve merekrut 3 orang untuk halang gas. Diana dan Steve semakin intim. 


Maru si gila

Jeneral Ludendorff mengorat Diana

Steve cuba korek rahsia


Steve dan Diana gerak berasingan menyerang kubu. Diana ingin membunuh Ludendorff, percaya dia Ares dan akan menghentikan perang. Diana mengejar Ludendorff ke pangkalan dumana gas dimuat dalam pesawat pengebom dan berjaya membunuh Ludendorff tapi keliru kematiannya tak hentikan perang.


Diana ke kubu Jerman

Tanah pemisah tentera Jerman

Sir Patrick atau Ares


Sir Patrick muncul dan dia sebenarnya Ares yang beri inspirasi kepada manusia untuk berperang. Diana cuba bunuh Ares guna pedang "Godkiller" tak berjaya. Ares dedahkan Diana jadi "Godkiller", anak perempuan Zeus dan Hippolyta.


Foto bebaskan perkampungan dari tentera dan diemail oleh Bruce Wayne (Batman)


Steve musnahkan makmal Maru dan merampas / mengetuai pengebom bawa gas terbang ke ketinggian yang selamat dan letupkan, korbankan dirinya. Diana menyedari manusia juga ada kebaikan. Diana bunuh Ares akhirnya. Kini, Diana email Bruce Wayne kerana menghantar gambarnya dengan Steve bersama misi barunya. Sambungan movie Justice League 😃


🌟🌟🌟🌟

8 December 2017

Hanie X Farhan Dah Kahwin !

Assalamualaikum Readers 

Musim kawin kembali lagi. Bulan 12 ni ada 3 jemputan tapi belum tentu dapat pi. Kenduri Blogger Miamor Zafirah wajib p . Sapa follow Nina bertahun mesti penah tengok muka pengantin selalu menghiasi cerita dalam blog.


Simple pelamin suka suka

Groom super duper happy


Kelakar nau, ex bf pengantin satu kolej juga tapi sekarang bercinta dengan ex collegemate/housemate. Memang kenal sangat. Itu la jodoh.. pi mai pi mai tang tu jugak. Hahaa..


Teringat Hanie si hantu laksa Padang Polo, Ipoh. Habis kelas singgah


SELAMAT PENGANTIN BARU
SITI NORHANI ZULKIFLI & MUHAMMAD FARHAN MUHAMAD ABDUL NASIR


Kita ke Dewan Umno, Bukit Selambau, Kedah. Makan juga kuah gulai batang pisang. Arghh tapi bukan batang, daging lembu saja. Itu hidangan wajib orang Kedah. Sapa suka?



7 December 2017

Kenapa Belum Kawin?


Assalamualaikum Readers 😙


Kenapa belum kawin? Memilih eh.. Haha 

Why tanya orang belum kawin? 

Bermacam soalan aku terima, include mak dan bapa, soalan dari pelbagai jenis orang, umur, jantina, education background etc. Bila Nina nak kawin? 😝😝


2 years more and countings !! Sangat secret soal personal life sebab tak penting nak bagi tau orang. Ini pun tayang muka bf half.. Jangan marah 


Dah stable at work, comfortable position and gaji. Gaji entirely untuk diri. Nak beli apa.. beli. Nak makan mana.. makan (2x5 macam bf), nak travel mana suka hati 😃😃 Tak perlu risau household expenses. Once put aside duit parents, another is ours. Dapat berbakti to parents, boleh gurau dan manja. Spend so much time dengan mereka. 


Kesian anak makcik. Takda suami dan anak2. Nanti tua sapa nak jaga? - soalan mamak kedai runcit untuk mak (anak sendiri gaduh dengan bini depan public 😆😆)


Sapa kata orang single/tak kawin lonely? Tak semestinya people feel that way, then kena feel the same way. Tak perlu weird people sedap2 nak label andartu or andarlusia. Ada yang kawin, tapi masa tua alone jugak. Anak2 tinggalkan. Suami meninggal. Yang kawin muda, bercerai, anak kena jaga. Kawin lama, anak ramai, suami/isteri buat hal.


So leave all to Allah. Tak tau jumpa tak dengan hari tua kita. Allah sebaik-baik perancang. Sampai masa, yang dah tetapkan di Loh Mahfudz, dengan sendirinya hati akan terbuka untuk bina masjid. Nak ada anak2.


Marriage is hard work. Dua2 kena work hard to make a marriage work. Bukan nak ada someone untuk be lovey dovey 24H. Someone let into our house and personal space to build a family together. Memang kena memilih. Lepas memilih, suami still buat hal, and the marriage doesn't work, nobody has the right to say anything about our personal choice. 


Semua ada perjalanan hidup sendiri. Journey tak sama. Ada roadblock masing2. Tak guna kawin, ada anak cucu berlambak2 tapi tak lead an Islamic lifestyle. Asyik happy. Solat dan sunat tak jaga.


At the end, semua ada kubur dan kena jawab all our deeds masa di dunia pada Allah. Kawin muda ka tua ka, ada anak, takda anak semua tak penting. First, kita ditanya tentang solat, amalan. Kalau amalan di dunia asyik nak audit life orang tapi lupa nak audit life sendiri.

Semoga jodoh panjang, doa baik2 ❤ Tak kisah bercinta lama


6 December 2017

Aiken Spot Away Pimple Cream


Assalamualaikum Readers 😄

Aiken Spot Away Pimple Cream | Review Krim Jerawat | I found you, I found you.. macam nyanyi lagu pulak. Salah satu fav Nina sebab berjaya kecik a.k.a surutkan jerawat yang tengah naik. Sesuai untuk muka takda jerawat atau jerawat time PMS dan sesuai guna lepas picit jerawat, tak jadi parut hitam 😉😉 Harga RM 11.10 beli di Aeon Wellness.


Aiken Spot Away Pimple Cream

Packaging macam keranda daaa


Aiken non Paraben dan SLS. 2 benda ni menghakis kulit muka. Jadi sebelum beli baca dulu isi kandungan. Mencegah lebih baik dari kulit muka dah teruk baru nak cari pakar kulit. 


Cara guna pun senang

Picit sikit saja dah cukup. Tahan lama walaupun size comel lote


Cara sapu 2x sehari pagi dan malam tapi guna malam sebelum tidur. Rasa macam suam-suam nanti tak rasa apa dah. 

1 December 2017

Oreo Thins Tiramisu Baru

Assalamualaikum Readers 🙋

Oreo Thins Tiramisu Baru | Dah cuba makan ke? Tak berapa suka sangat oreo sebab biskutnya manis sangat tapi boleh pulak layan Oreo Thins ni sebab nipis dan perisa Tiramisu! 😋😋


Oreo Thins Tiramisu

Ada 2 paket biskut kontot

Rasa tiramisu dan lebih nipis.. RM 3.75


Oreo Thins ni harga naik sikit dari oreo biasa dan ada la agi satu flavor Vanilla. Peminat oreo apa lagi. Terfikir apa rasa aiskrim McFlurry kalau guna Oreo Thins ya 😁😁 


30 November 2017

Wall's Choco Nutty Crunch

Assalamualaikum Readers 🙌

Wall's Choco Nutty Crunch | Aiskrim Wall's | Yeahh.. review makanan lagi dan lagi. Kekeringan idea atau malas nak taip panjang-panjang. Kekeke.. Inilah aiskrim penyebab Nina rajin taip sebab manisnya dimulut gitu. Harga cuma RM 11.75 sen sajaaa 

Banyak serpihan almond dalam ni. Terasa macam BR

Wall's Choco Nutty Crunch

Sebelum dirasmikan.. banyak almond tau


Siapa tak suka aiskrim? Semua suka. Selain makan begitu saja, boleh makan dengan roti, kenyang sikit atau buat aiskrim goreng. Meleleh di mulut. Belum ada lagi resepi baru berasaskan aiskrim. Kena gali otak lagi 😏😏 


29 November 2017

Resepi Bingka Labu Berkismis


Assalamualaikum Readers 😄

Resepi Bingka Labu Berkismis | Morning everibadi, at the end Nov 😅 Nak share resepi baru, mak Nina rajin pi kelas masak setiap khamis dapat lah makan benda baru 😆😆 So this one dah buat testimoni sebab sedap dan jadi fav pulak. Officemate 'mata sepet' makan sampai licin. Hahah


Lembut tak keras. Bingka kalau keras kematu tak makan

Bingka Labu Berkismis siap


Cuti direct sampai ahad nanti boleh la korang cuba. Bahan tak mahal, sendiri mau masuk perut. Haha.. 


Bahan-Bahan :

500g Labu Kuning (1 Biji)
2 Cawan Santan Pekat
2 Cawan tepung gandum
2 Sudu Marjerin/Butter
4 Biji Telur
1 Cawan Gula
Secubit Garam
1 Kotak Kismis


Cara-Caranya :

1. Rebus labu sehingga empuk. Masukkan sedikit garam. Toskan.


2. Lenyek labu dalam bekas bersama margerin (akan cair sebab labu masih panas).


Labu lenyek

Putar telur


3. Pukul telur di dalam bekas lain, kemudian tuang ke dalam adunan labu.


4. Masukkan santan, gula, tepung gandum.. Pukul lagi menggunakan hand hingga sebati.


Sudah siap bahan. Ada saja tukang pengacau. Pantang bau makanan ada marjerin. Memang suka

Ready untuk dibakar


5. Tuang adunan ke dalam loyang 8"×8" / 9"×9" yang telah disapu sedikit marjerin. Nak letak minyak zaitun pun boleh.


6. Tabur kismis secukupnya.


7. Bakar selama 1 jam menggunakan suhu (180c).



SELAMAT MENCUBA ! TAK CUBA TAK TAHU 😃😃



28 November 2017

Samyang Hot Chicken Ramen


Assalamualaikum Readers 😃

Samyang Hot Chicken Ramen | Meleleh air hidung tau, air mata je tak mengalir lagi. Kalah tengok drama sedih. Haha.. Manusia jenis tak ikut trend viral, bila teringin baru try makan. Kadang-kadang viral pun belum tentu makanan sedap 😎😎 Don't trust media.


Beli di Sam's Groceria RM 5.95

Sos cili pedas


Hairan tengok Samyang challange di IG, ada cakap pedas, tak pedas langsung, makan sambil menangis. Rasanya depends sos cili tu nak letak banyak atau sikit. Nina letak half saja, 3 kali suap ok, masuk ke 4 dah pedas then makan sampai habis baru minum air atau susu untuk hilangkan pedas 😢😢


Samyang Hot Chicken Ramen macam maggi biasa tapi tekstur tak sama

Makan dengan Ayamas sosej perghh dap suka biji bijan tu


27 November 2017

Lunch Texas Chicken @ 1st Avenue Mall, Penang


Assalamualaikum Readers 😃

Texas Chicken | Adakah ayam ini dari Texas? Atau company US 😃 Banyak songeh bf, kalini my turn pulak belanja. Takkan asyik nak bf belanja, bukan laki 😆😆


Texas Chicken. Kesian Nafis dah celup sos kena letak semula haha

Chocolate Volcano tu nampak sedap

Lunch for 2 :

2 Tex Sampler Combo - RM 31.10
1 pc Biscuit 2
2 pc Nugget 2
1 pc Tenders - Spicy 2
Coke 2
Coleslaw 2
BBQ 2

Sub Total incl GST (6%) : RM 31.10


Compare to ayam Mcd dan KFC, Mcd sedap lagi, Texas Chicken jatuh no 2. Bab roti bun tu paling sedap, ayam panas-panas digoreng ranggup. Kalau dulu nak makan kena p KL. Tahun ni syok habis orang Penang. Hehe.. Oder macam stail Subway kena ambil air sendiri, sos. 



24 November 2017

Macadamia & Almond From Macau


Assalamualaikum Readers 😀

Macadamia And Almond From Macau | Dua benda ni paling ketagih kalau dapat. Awal bulan ni, executive manager fly Macau. Rupanya, trend di ofis baru, kalau officemate travel dorang tak beli souvenir FM, baju tapi makanan. Haha..


Macadamia Nuts fresh. Anies kalau baca diam-diam jelah haha

Harga convert ke RM tahu lah. Walaupun hitam dan keras tapi lemak masin

Almond fresh

Gini rupa Almond. Selalu beli dah dibuang kulitnya


Kalau di ofis lama, tahu pergi travel je nakkan kebendaan tapi tak pernah tunaikan. Hahaa.. Di Malaysia, jarang dapat makan snack fresh-fresh ni. Kalau ada yang fly tu, nak kirim beli 😅😅


Beli di Sam's Groceria - Tong Garden RM 8.40 (11 biji), Gourmet Nut (Aussie) RM 24.80 (175gm) tak berapa best sebab mixed madu

Sedap kunyah kacang ni tak puas makan


Di Lazada, Sam's Groceria ada jual juga. Sapa penah makan tahu la harganya. Hee..


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com