1 July 2016

Resepi Cornflakes Madu Kuaci Ranggup


Salam Readers..


Resepi Cornflakes Madu Kuaci Ranggup | First time buat cornflakes madu ni, selalunya tiap kali raya mesti makan time balik kampung. Macam-macam jenis biskut makcik2, sepupu2 buatkan. Tunggu masuk mulut jelah. Dodol pun abang ayah dan sepupu2 rajin kacau sendiri dari beli. Lagi satu, nampak Suraya adik bf buat cornflakes madu ni, dalam hati eh senang ke nak buat. Then godek sana sini tengok resepi tapi hampir kesemuanya sama, corak hiasan pun sama. Waduhhh kencing manisku dibuatnya 😂😅😆🐝



Cornflakes Madu Kuaci Ranggup



Mengikut teori pemakanan, hiasan kebanyakkannya letak ceri, taburan manik, chocolate rice, bermacam jenis manisan lagi. Perghh bayangkan macam kau telan gula sebalang. So, madu + gula perang dah confirm manis kena tukar benda lain, bila tanya mak lebihan kuaci dan badam untuk biskut lain ada tak dan kuaci still available.



Bahan-bahan Cornflakes Madu Kuaci



BAHAN A

  •  Cornflakes (1 box = dapat sebalang) 
  • Madu (1 cawan)
  • Gula Perang (1 cawan)
  • Buttercup (125 gram)


 BAHAN B


  • Kuaci atau boleh masuk beraneka jenis kekacang jika suka



CARA-CARANYA


1. Panaskan periuk

2. Masukkan bahan-bahan A (buttercup, gula perang dan madu)



Cairkan gula perang, madu dan buttercup




3. Biarkan semua cair

4. Bila kesemua bahan-bahan A dah cair, masukkan bahan B (kuaci) *kalau malas nak hias satu-satu boleh saja campurkan kuaci atau kekacang. Terpulang nak letak atas cornflakes pun boleh


Kesemua bahan dah cair masukkan kuaci




5. Masukkan kesemua cornflakes (tak perlu hancur, bila kacau lagi hancur)

6. Tutup api dan gaul keseluruhan cornflakes hingga rata



Masukkan cornlakes dan gaul hingga rata. Saja buat tak kering, suka melekit




7. Sediakan tray dan paper cup dan boleh mula masukkan cornflakes ke dalamnya

8. Penuhkan try dan boleh dimasukkan ke dalam oven

9. Biarkan cornflakes selama 8 atau 10 minit dengan suhu 140 C



Cornflakes madu dah siap bakar



10. Dah siap bakar, sejukkan dan boleh disimpan dalam balang.


SELAMAT MENCUBA ! Buat melekit pun biskut ni berhantu tau. Buka puasa dah separuh balang. 



13 comments:

Siti Nurzafirah said...

hehehehe... kita samaaa !! beli kat Honey Bakery jugakkk

angkisland said...

wah cakep dna keliatan enak

Aisya 사구라 said...

haritu dah berazam nak buat tapi tak menyempat nak shopping. akhirnya raya pergi begitu sahajaaa huhuu

dear anies said...

igt kn pakai madu si moon tu hahahaha

nana liena said...

kita paling malas buat ni,suka buat dulu tau,tapi sejak abang semua adik beradik duk habiskan ja bukan orang datang beraya yg dpt makan,haaa...malas dah nak buat.. huhu.. tp suka letak kekacang dgn mix fruit.

Zizie Zack said...

abang ipar zizie buat dapat dua balang.. semua habis kat dia.. haihla.. sabor je.. nasib baik dia buat sendiri.. hahahaha

alia farhan Said said...

Fav ni..ada lg x nina?

Siti Nurzafirah said...

apa2 pasal cornflakes memang laju.. haha

Farrah MF said...

Fuhhh, sedap ni buat kunyah2 :)

Zie Has said...

biskut ni memang berhantu ... susah betul nak berhenti :)

Zie Has said...

chop... kad raya nina dah sampai tau. thanks

el said...

paling senang nak buat kan
tu lah paling malas nak buat haha

Anonymous said...

Good post. I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon on a daily basis.
It will always be exciting to read content from other writers and practice a
little something from other sites.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com