25 Feb 2014

Jenis-Jenis Buah-Buahan Hutan

Assalammualaikum.


Buah2 yang selalu buat aku mengidam dan kecur air liur tapi apa nak dikata, dah lama tak dapat makan kesemua ni. Buah zaman dulu kebanyakannya semakin pupus dan cuma ada di kampung2. Di kampung aku cuma ada pokok belimbing buluh, ceremai dan jambu keling. Di manakan ku cari buah2 ini :( Kalau dulu masa kecik2 aku la tarzan jane yang suka memanjat pokok ceremai dan makan atas pokok. Sebarang pokok yang ada buah mesti aku panjat. Pernah tak korang makan buah2 ni? Serius sedap dan tak dapat nak tanding. Ingat budak bandar tak penah makan ke. Hehee..


1. Ceremai




Sedap dimakan campur gula dan kicap ataupun dibuat jeruk. Rebusan akar ceremai dapat digunakan untuk mengubati asma dan penyakit kulit. rasa masamnya elok untuk ibu2 mengandung kerana membantu menghilangkan rasa mual. 



2. Jambu Keling


Paling sedap dimakan bersama kuah rojak! Boleh dikatakan buah ni hampir pupus. Tak ramai yang kenal buah jambu ni kan. Kadang pelik jugak sebab namanya 'keling'.



3. Katak Puru / Nam Nam



Buah yang berasal dari Asia Tenggara dan India. Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam group nadir kerana semakin sukar dijumpai. Pokoknya memepunyai ketinggian hanya 3 meter. Ia jenis tumbuhan yang membesar dengan kadar yang sangat perlahan. Untuk mencapai ketinggian 2 meter mengambil masa lebih kurang 20 tahun. Apabila masak, buah katak puru akan gugur dan rasanya masam manis.



4. Kundang / Remia / Setar


Nama yang berlainan tapi buahnya sama. Di utara di panggil Setar dan merupakan asal usul nama bandar Alor Setar dan tumbuh di sepanjang alor sungai. Sejenis tumbuhan yang pokoknya mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan jika terkena kulit. Buah ni macam adik kepada mempelam la. Rasanya masam dan biasanya dimakan bersama kulit dan isinya mempunyai serat yang tinggi. 



5. Asam Jawa Manis


Dulu takut nak panjat pokok asam jawa sebabnya ada Kumbang Tanduk. Aku takut kot tengok tanduknya sebab kumbang tu suka hinggap di baju T_____T Selalunya buah asam jawa manis ni banyak di Siam dan buahnya tak sesuai untuk dibuat sebagai perencah masakan. Pokok asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika di bahagian selatan gurun Sahara. Pokok asam telah lama ditanam di negara India dan boleh didapati di kawasan tropika seperti Asia, Afrika dan Amerika.


6. Keriang Aceh



Buah keriang lada agak kecil, boleh dimakan dengan bijinya sekali. 
Buah keriang Aceh agak sebear ibu jari, bila masak berwarna hitam, rasanya sedikit kelat dan manis bila betul2 masak. 


Khasiat buahnya


1. Boleh mengatasi masalah cacing kerawit, makan bersama biji kerana bijinya akan bawa cacing2 dalam perut keluar dengan sendirinya. Kalau anak ada masalah cacing elok la diberi makan buah keriang jenis lada yang agak kecil.


2. Warna buah boleh atasi sakit mulut, cepat sembuh dan menggantikan kulit yang baru pada lapisan bibir. Tak payah pakai lip balm ^___^


3. Merapat dan membetulkan peranakan dan boleh mengempiskan perut yang buncit.


4. Menyuburkan kesuburan lelaki dan menguatkan tenaga batin. Opsss !!


5. Mencuci perut atau melawaskan pembuangan air besar.


6. Mencuci buah pinggang untuk protein kembali ke dalam salur darah dan memperbaiki sistem buah pinggang. 


Khasiat daunnya


1. Digunakan masa demam, ambil duannya dalam 2 3 helai, ramai dalam air, letak atas kepala, bawah ketiak, dada, pelipat kaki. Nescaya suhu badan akan cepat turun.


2. Daunnya juga digunakan dalam salah 1 ramuan daun2 untuk mandian orang bersalin.


3. Untuk buat cebukan kencing, rebus daun dan biar suam2 baru cebukan, hasilnya faraj akan jadi ketat, amat berguna masa hubungan kelamin. Opsss lagi !!


4. Daun boleh diletakkan di atas kain pelapik untuk bertungku perut.


5. Pokok keriang dengan daunnya yang lebat boleh menjadi antiseptic dan pengudaraan yang membekalkan banyak oksigen, membuatkan kita rasa nyaman dibawah pokoknya.

Sayangnya pokok keriang Aceh di kawasan rumah terpaksa ditebang gara2 dikatakan sebagai sarang pontianak. Masa kecil sangat suka makan buah ni patut la jarang nak ada masalah cacing. Rupanya banyak khasiat pokoknya.


7. Keranji


Ini buah hutan yang banyak di daerah Sumatera dan Kalimatan, Indonesia dan di Sabah Sarawak. Kulit buah berwarna hitam yang rapuh, isinya berwarna oren dan rasanya masam manis dan jika diawet dapat bertahan hingga 2 tahun. Pokok ni dah semakin kurang dalam hutan kita. Mengikut cerita orang2 tua, buah keranji dapat semasa kerja2 membalak/menebang di dalam hutan rimba. Buah ni la paling payah nak dapat. Jenuh mencari. Buah ni agak mahal dan mencecah harga sehingga RM 10 bagi setiap 100 gram kerana proses nak memanjat pokoknya amat la susah. 


8. Jambu Susu



Buahnya sesedap susu kot. Putih bersih buahnya dan khasiatnya sama la seperti jambu2 lain.



Kesemua buah2 ni dah semakin pupus dan generasi akan datang akan terasa pelik dan tak dapat nak merasa. Kalau nak makan kena la ke Indonesia. Di sana masih banyak lagi dan harga pun murah :)

18 comments:

  1. Semua pun akak suka, eh kecuali keriang aceh. Akak penah ke makan? Hihi..

    kecik2 dulu telan cermai macam tu je, dah tua ni rasa masam oulak. Padahal masa kecik, bolwh ratah je

    ReplyDelete
  2. waa. buah keriang je yg x pernah makan.. yg lain semua suka..
    pernah makan asam renda..? hehehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya nina..teringatlah buah-buah tu..ada yang kita tak pernah tengokpun..tapi kundang dengan ceremai tu selalu makan dulu..mana pergi buah-buah tu ya..

    ReplyDelete
  4. buah-buah macam tu boleh jumpa dekat kampung je..generasi sekarang mana kenal sangat buah tu semua.hehe

    ReplyDelete
  5. Jambu susu sangat juicy buahnya. And no, got nothing to do dengan rasa nya macam susu. Ia dipanggil jambu susu mungkin kerana warnanya yang putih macam susu. Juicy and masam.

    ReplyDelete
  6. Ok...Buah no 1, 3, 6 & 8 tak pernah mkn lagi.

    ReplyDelete
  7. kecur air liurrr tengok buah masam-masam ni..katak puru my feberet.

    ReplyDelete
  8. wah..dah lama tak tengok buah² ni sis..

    ReplyDelete
  9. jambu susu tu Fiza tak pernah tgk pula.. tapi sume buah nie boleh dikatekan masam.. hehe

    ReplyDelete
  10. tengok buah ceremai tu teringat pulak dengan buah yang gatal kalau pecah tu..ntah apa ntah nama dia..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Banyak khasiat kan.. tp ada jugak buah2 yg akak tak pernah makan kt atas tue.. =D

    ReplyDelete
  12. antara semua buah di atas , aku rindu nak makan asam jawa manis, teringat masa aku sekolah renda dulu kalah. ohhh

    ReplyDelete
  13. byk nye jenis2 buah y sy xtw pun..hehe..

    y sy tau 4. Kundang / Remia / Setar ..tp xegt mne satu selalu sy dgr org sebut..hehe..tp y ni sedap..suka..

    Asam jawa manis penah tgk tp xpenah rse mcm nk mkn pun..hehe..

    y lain2 semua xpenah tgok...=)

    ReplyDelete
  14. terliur tengok buah ceremai tu nina.. buah nam nam tu mak akak suka makan..

    ReplyDelete
  15. agak2 nyer anak2 skrg tau ke x buahan2 ni wujud??

    ReplyDelete
  16. Ada yang pernah nampak.. ada yang tak :3

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com