26 Feb 2014

Calon Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Assalammualaikum.


Syukur Alhamdulillah.. setelah setahun lebih menunggu keputusan untuk menjadi calon peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, akhirnya surat bagi menduduki exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 sampai harini. Walaupun 2 jawatan di SUK Perlis dan Melaka tak menepati syarat2 tapi syukur dapat juga kan. Ada tips2 tak nak jawab soalan. Harap dapat tolong nina :)




Ya Allah, ada lagi seminggu lebih nak ulangkaji semua subjek2 IT, pengetahuan am, matematik. Hampir2 lupa.. Mungkin tak dapat nak layan blog nanti. Korang doakan semoga nina berjaya ya.  

25 Feb 2014

Jenis-Jenis Buah-Buahan Hutan

Assalammualaikum.


Buah2 yang selalu buat aku mengidam dan kecur air liur tapi apa nak dikata, dah lama tak dapat makan kesemua ni. Buah zaman dulu kebanyakannya semakin pupus dan cuma ada di kampung2. Di kampung aku cuma ada pokok belimbing buluh, ceremai dan jambu keling. Di manakan ku cari buah2 ini :( Kalau dulu masa kecik2 aku la tarzan jane yang suka memanjat pokok ceremai dan makan atas pokok. Sebarang pokok yang ada buah mesti aku panjat. Pernah tak korang makan buah2 ni? Serius sedap dan tak dapat nak tanding. Ingat budak bandar tak penah makan ke. Hehee..


1. Ceremai




Sedap dimakan campur gula dan kicap ataupun dibuat jeruk. Rebusan akar ceremai dapat digunakan untuk mengubati asma dan penyakit kulit. rasa masamnya elok untuk ibu2 mengandung kerana membantu menghilangkan rasa mual. 



2. Jambu Keling


Paling sedap dimakan bersama kuah rojak! Boleh dikatakan buah ni hampir pupus. Tak ramai yang kenal buah jambu ni kan. Kadang pelik jugak sebab namanya 'keling'.



3. Katak Puru / Nam Nam



Buah yang berasal dari Asia Tenggara dan India. Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam group nadir kerana semakin sukar dijumpai. Pokoknya memepunyai ketinggian hanya 3 meter. Ia jenis tumbuhan yang membesar dengan kadar yang sangat perlahan. Untuk mencapai ketinggian 2 meter mengambil masa lebih kurang 20 tahun. Apabila masak, buah katak puru akan gugur dan rasanya masam manis.



4. Kundang / Remia / Setar


Nama yang berlainan tapi buahnya sama. Di utara di panggil Setar dan merupakan asal usul nama bandar Alor Setar dan tumbuh di sepanjang alor sungai. Sejenis tumbuhan yang pokoknya mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan jika terkena kulit. Buah ni macam adik kepada mempelam la. Rasanya masam dan biasanya dimakan bersama kulit dan isinya mempunyai serat yang tinggi. 



5. Asam Jawa Manis


Dulu takut nak panjat pokok asam jawa sebabnya ada Kumbang Tanduk. Aku takut kot tengok tanduknya sebab kumbang tu suka hinggap di baju T_____T Selalunya buah asam jawa manis ni banyak di Siam dan buahnya tak sesuai untuk dibuat sebagai perencah masakan. Pokok asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika di bahagian selatan gurun Sahara. Pokok asam telah lama ditanam di negara India dan boleh didapati di kawasan tropika seperti Asia, Afrika dan Amerika.


6. Keriang Aceh



Buah keriang lada agak kecil, boleh dimakan dengan bijinya sekali. 
Buah keriang Aceh agak sebear ibu jari, bila masak berwarna hitam, rasanya sedikit kelat dan manis bila betul2 masak. 


Khasiat buahnya


1. Boleh mengatasi masalah cacing kerawit, makan bersama biji kerana bijinya akan bawa cacing2 dalam perut keluar dengan sendirinya. Kalau anak ada masalah cacing elok la diberi makan buah keriang jenis lada yang agak kecil.


2. Warna buah boleh atasi sakit mulut, cepat sembuh dan menggantikan kulit yang baru pada lapisan bibir. Tak payah pakai lip balm ^___^


3. Merapat dan membetulkan peranakan dan boleh mengempiskan perut yang buncit.


4. Menyuburkan kesuburan lelaki dan menguatkan tenaga batin. Opsss !!


5. Mencuci perut atau melawaskan pembuangan air besar.


6. Mencuci buah pinggang untuk protein kembali ke dalam salur darah dan memperbaiki sistem buah pinggang. 


Khasiat daunnya


1. Digunakan masa demam, ambil duannya dalam 2 3 helai, ramai dalam air, letak atas kepala, bawah ketiak, dada, pelipat kaki. Nescaya suhu badan akan cepat turun.


2. Daunnya juga digunakan dalam salah 1 ramuan daun2 untuk mandian orang bersalin.


3. Untuk buat cebukan kencing, rebus daun dan biar suam2 baru cebukan, hasilnya faraj akan jadi ketat, amat berguna masa hubungan kelamin. Opsss lagi !!


4. Daun boleh diletakkan di atas kain pelapik untuk bertungku perut.


5. Pokok keriang dengan daunnya yang lebat boleh menjadi antiseptic dan pengudaraan yang membekalkan banyak oksigen, membuatkan kita rasa nyaman dibawah pokoknya.

Sayangnya pokok keriang Aceh di kawasan rumah terpaksa ditebang gara2 dikatakan sebagai sarang pontianak. Masa kecil sangat suka makan buah ni patut la jarang nak ada masalah cacing. Rupanya banyak khasiat pokoknya.


7. Keranji


Ini buah hutan yang banyak di daerah Sumatera dan Kalimatan, Indonesia dan di Sabah Sarawak. Kulit buah berwarna hitam yang rapuh, isinya berwarna oren dan rasanya masam manis dan jika diawet dapat bertahan hingga 2 tahun. Pokok ni dah semakin kurang dalam hutan kita. Mengikut cerita orang2 tua, buah keranji dapat semasa kerja2 membalak/menebang di dalam hutan rimba. Buah ni la paling payah nak dapat. Jenuh mencari. Buah ni agak mahal dan mencecah harga sehingga RM 10 bagi setiap 100 gram kerana proses nak memanjat pokoknya amat la susah. 


8. Jambu Susu



Buahnya sesedap susu kot. Putih bersih buahnya dan khasiatnya sama la seperti jambu2 lain.



Kesemua buah2 ni dah semakin pupus dan generasi akan datang akan terasa pelik dan tak dapat nak merasa. Kalau nak makan kena la ke Indonesia. Di sana masih banyak lagi dan harga pun murah :)

23 Feb 2014

La Cremeria Ice Cream

Assalammualaikum.


Petang ahad macam ni memang best layan movie bersama aiskrim La Cremeria berperisa vanilla ditambah sos coklat, gajus dan coklat chips. Nyumm... Mencari aiskrim goreng Nestle di merata supermarket hatiku hampa. Sedihkan? 



Layan dulu aiskrim La Cremeria


Layan ni pun best juga sambil tengok movie I Am Number 4 untuk kali yang ke 3. Siapa tengok movie ni jumaat lepas di tv3 mesti tau kan..kan. Ini semua gara2 heronya yang hensem. Ngeh.. ngeh. Malam nanti sambung BW ;)

22 Feb 2014

Anugerah Drama Festival KL

Assalammualaikum.


Ini la motif utama aku malas nak pi Annual Dinner malam ni. Wahaha.. Aku nak tengok anugerah ni. 1st time pulak tu diadakan plus drama faveret tercalon! Yeahhh..  Jangan lupa buka tv3 pukul 9 nanti tau. Anugarah hasil gabungan stesen televisyen TV3 dan TV9. Aku rasa LYMA boleh menang kategori tapi siapa tahu kan.




Peminat Azlee Khairi jangan bimbang ye sebab dia tercalon bagi 2 drama iaitu Love You Mr Arrogant dan Dalam Setiap Sujud. Zara Zya pun tercalon 2 drama juga, LYMA dan Puteri Malam termasuk la heroin Ariana Rose tercalon dalam Drama Diandra dan Dalam Setiap Sujud. Not bad bf Fathia si Aiman Hakim pun tercalon. Wehoo ~~


Antara kategori yang dipertandingkan ialah :


1. Drama Pilihan Terbaik - Love You Mr Arrogant

2. Pelakon Lelaki Pilihan - Lelaki Pilihan (LYMA)

3. Pelakon Wanita Pilihan - Nur Fathia (Diandra)

4. Pengarah Drama Pilihan - Raja Ahmad Alauddin (Saya Sebenarnya Isteri Dia)

5. Penulis Skrip Pilihan - Mufiz Shuhaimi (Dalam Setiap Sujud)

6. Barisan Pelakon Pilihan - Saya Sebenarnya Isteri Dia

7. Pasangan Pelakon Pilihan - Love You Mr Arrogant


Drama yang tercalon :


1. Diandra (Lestary)

2. Janji Adam (Azalea)

3. Ruby (Samarinda)

4. Karlos (Aksi)




8. Janji Shirah

9. 6 Progresif (Aurora)

10. Puteri Malam (9X)

21 Feb 2014

Majlis Makan Malam Mattel Malaysia

Assalammualaikum.


Yeahh.. esok cuti, excited sebab selalu kerja 6 hari seminggu je kan. Esok semua ofismate aku attend Annual Dinner Mattel di Penang International Sport Arena (PISA). Tahun ni artis jemputannya ialah hero drama Kampung Girl dan Mila Jirin. Tak dapat aku nak tengok adik menyanyi atas stage. Sob.. sob. 



Akim Ahmad Dan Mila sebagai artis undangan Dinner Mattel 2014



Fuhh.. aku? stay kat rumah sambil layan blog lagi bagus dari tengok adegan operator2 asing menari atas pentas. Lagi pun mak sedara aku tak pergi. Mesti orang cakap aku demand nak pi dinner kat hotel, yelah masa study asyik dinner kat hotel 5 star je. Happy Weekends ! ;)

19 Feb 2014

Souvenir From Bangkok

Assalammualaikum.


Buat baik tak minta dibalas, tolong orang biar la dengan hati yang ikhlas. Tak disangka2 dapat souvenir dari negara jolokan 'Gajah Putih'. Terima kasih ye Cik Rahim, ketua Maintenance di tempat kerja. Selalu tolong dia buat slide presentation tapi tak tau menahu ahad lepas dia fly ke Mattel Bangkok. Sebelum lunch tadi dia bagi secara sorok2. Terasa berbesar hati woahh.. :)



Souvenir T-Shirt Bangkok

Jangan Marah

Assalammualaikum. 


Jangan marah nanti kena jual. Kalau geram kat seseorang, lepas geram kat bantal sudah. Tangan pun selamat dan boleh beli bantal baru 😂 Ustaz kata marah itu ikut perangai syaitan. Jadi memang tak nak ikutkan perasaan marah tu jangan dipost dalam media sosial. Takut si pembaca itu tahu kita bercakap tentang dia. Hehe.. Diam lebih baik.


Say Peace (Y) *Autopublish

18 Feb 2014

Apa Itu Aurora?

Assalammualaikum.


Seronoknya bila ofismate aku bercerita pasal aurora time dia study kat US dulu. Bukan penyanyi Aurora Salwa yang fames dengan lagu Ahmad tu. Haipp.. untung bapa ada lagu nama dia. Oke..oke, sangat cantik fenomena Aurora ni. Aku cakap kat Akma bestnya kalau Malaysia ada Aurora tapi yang tak bestnya berhari-hari la kita akan berada di waktu siang dan berhari-hari berada di waktu malam. Nak ke macam tu? Taknokkk...






Aurora adalah fenomena alam yang menyerupai pancaran cahaya yang menyala-yala pada lapisan ionofera akibat adanya interaksi antara medan magnetik dengan partikel yang dipancarkan oleh matahari.


Aurora terjadi di kutub Utara dan kutub Selatan. Aurora yang terjadi disebelah Utara dikenali dengan nama Aurora Borealis, dinamakan sempena Dewi Matahari Rom, Aurora. Di Eropah, aurora kelihatan kemerah-merahan dan terjadi di antara bulan September-Oktober dan March-April. Fenomena aurora di sebelah Selatan pula dikenali dengan nama Aurora Australis.






Negara paling sesuai untuk mengejar Aurora ialah Iceland. Cantikkan cahaya pembiasan matahari. Subhanallah :)

13 Feb 2014

Makna Valentines Day

Assalammualaikum.


Dari dulu lagi waktu bercinta pun tak pernah nak meraikan Valentines Day. Sebab apa takda yang special pun hari tu dan hari2 pun boleh berkasih sayang oke! Disebalik sambutan 14 Februari setiap tahun ada makna tau bagi bukan Islam. Meh nak share dari FB bagi sesiapa yang tak tahu:






INGAT....!!! 14 Februari bukanlah hari ("KASIH SAYANG") Tapi, 14 Februari adalah "Hari kematian pastur"  bernama J. Valentina, yang mati bunuh diri kerana tidak boleh bersama dengan kekasihnya. Pada malam itu mereka telah melakukan hubungan terlarang kemudian mereka bunuh diri bersama2. Kita telah dibodohi oleh orang2 KAFIR yang benci Islam, Jangan raikan Valentine wahai umat Rasulullah!! Sebarkan jika kamu merasa ISLAM. 

12 Feb 2014

Baju Perkahwinan Ariana Rose

Assalammualaikum.


Minggu ni last drama Ariana Rose. Huu.. lagi 1 drama best nak tamat. Boleh ke pecahkan ranking drama Love You Mr Arrogant? Sama2 kita saksikan. By the way, dalam Nuff ada orang cari butik baju pengantin yang Ariana pakai. Serius cantik dan aku suka sangat pelamintu ! Baru tahu betapa cantiknya tema wedding snow. Layan gambar kawen dorang tu sementara tuan blog buat kerja ofis yang dibawa balik ke rumah. Tak dapat nak BW malam ni, kena siapkan report. Esok supervisor balik dari Jakarta. 










Tahniah buat team #Ariana Rose sebab berjaya buat drama gempak dan suka scene wedding yang nampak real dan mewah ni. Pelamin yang cantik bertemakan Winter Wedding. Menjadi inspirasi buat bakal pengantin. Cayalah Keith dan Fathia. Memang dorang menghayati setiap babak. Penuh syahdu time nangis2 tu. I will miss this drama :( 












Cantiknyaaa dress Ariana 


10 Feb 2014

Bolehkah Kita Berkawan Dengan Bekas Kekasih?

Assalammualaikum.


Pejam celik, celik pejam dah dekat setahun kami berbaik dan menjadi kawan merepek di Whatsup. Boleh ke, mampu ke aku untuk berkawan dengan bekas kekasih. Sebenarnya semua ini terserah kepada hati kita mahu bagaimana. Selalunya selepas melalui masa pemulihan sebab PATAH HATI, biasanya kita akan masuk fasa menentukan sikap atau perasaan terhadap dia sama ada tetap berkawan atau menyingkirkan bekas kekasih dari hidup. Tips untuk letakkan ex anda di kedudukan yang tepat, ini boleh membantu:




Terus berkawan jika...


1. Sudah tidak ada lagi perasaan suka, rindu, kagum, marah etc.
2. Ketika masih berdua, hubungan hanya seperti kawan.
3. Kita tak cemburu bila dia menceritakan kekasih barunya.
4. Dia kawan yang menyenangkan untuk semua orang tapi aku jarang nak kongsi cerita peribadi dengan dia macam sewaktu bercinta dulu.


Jika kita berada dalam keadaan di atas, mungkin kita boleh berkawan. Apalagi kalau bekas kekasih kita masih ingat mengapa dulu dia jatuh cinta pada kamu dan boleh memberi dorongan jika memerlukan. Buruknya, jika kamu berdua masih SINGLE, takut kamu akan malas cari kekasih lain sebab kamu sudah selesa dengan bekas kekasih.



Dijadikan 'teman tapi mesra', jika...


1. Perasaan kamu terhadapnya sudah tiada, tetapi kamu menyukai saat2 mesra bersamanya. 
2. Kamu tak ingin makan malam atau malas muncul di khayalak bersamanya.
3. Setelah semmbang semalaman di telefon dengannya, perasaan kamu tetap stabil.


Punya 'teman tapi mesra' sebenarnya banyak senangkan perempuan. Kerana kamu dan dia sekadar 'mengisi sementara kekosongan'. Jangan sesekali bertanya kenapa dia masih tak mencari cinta lain sebab bila dibiarkan boleh menguris perasaan.





Cara hubungi sesekali, jika...


1. Kamu masih ingin tetap keep in touch, tetapi tak ingin tahu detail tentang hidupnya sekarang.
2. Dia orang yang tepat untuk meminta pendapat.
3. Kadang2 muncul perasaan menyesal telah putus, tapi lepas bertemu dengannya kamu yakin dia memang bukan orang yang tepat.


Ini kerana kamu tak lagi terlibat secara langsung dengan hidup bekas kekasih, sehingga kamu tak lagi ada kaitan dari segi emosi dan melihatnya sebagai individu, bukannya seorang kekasih yang pernah buat anda sakit hati.



Jauhi bekas kekasih, jika...


1. Bila memikirkannya bersama orang lain, boleh membuat kamu menangis.
2. Kamu berbohong kepada kawan2, padahal kamu diam2 keluar dengannya kerana kawan2 kamu tak suka.
3. Putus cinta dan sambung kembali lebih dari 2 kali dalam setahun.



Semakin membuat hidup kamu menderita!
Segera singkirkan dia dari hidup kamu. Ini akan membuatkan emosi tak stabil. "Ada orang tertentu yang pengaruhi seperti ubat bagi kamu. Mereka memberi tindak balas kimia di otak, melepaskan endorphin, adrenalin dan oxytocin. Akibatnya mental dan fizikal kamu seperti ketagihan kepada orang itu". 


8 Feb 2014

Hari Sabtu Memang Tenang Di Pejabat

Assalammualaikum.


Sabtu memang best kalau berehat di rumah tapi aku terpaksa korbankan sehari untuk kerja dan ada hikmah rupanya. Alhamdulillah, minggu2 akan datang hari sabtu akan diguna sebaik-baiknya. Masa ini la nak siapkan segala macam mak nenek report yang delay dari hari Isnin. Selalunya sikit orang je dan tenang bila buat kerja sambil dengar lagu. Lalala..


Sejak kena buat report untuk orang2 engineers ni, memang tak sempat nak siapkan benda lain. Kang tak siap semua orang susah. Kena marah pun nanti orang yang marah tu pujuk nina balik. Hehee.. Sweet jugak supervisor, manager pun jarang nak marah. Overall setiap orang dalam ofis baik2 dan cool :)



Hari kejadian sabtu lepas.. Nak gak tempek gambar


Walaupun ada orang tak suka dan mengadu macam2 kat mak sedara tapi hati tetap kena tabah. Tabah dalam mencari rezeki yang halal. Berita baik juga bila kami 1 ofis nanti akan berpindah ke tingkat atas bergabung dengan bahagian engineering dan company akan bina 1 bangunan baru lagi. Wahh.. curious nak belajar macam2 benda lagi yang tak berkaitan dengan course. Sudah lari bidang ohh.. 


p/s: Lepas ni kena banyak buat entri Autopublish supaya blog tak sunyi, BW pun makin slow macam labi2. Harap korang sudi singgah sini selalu ^____^

6 Feb 2014

Bulu Mata Jatuh Tanda Ada Orang Rindu?


Assalammualaikum.


Bulu Mata Jatuh Tanda Ada Orang Rindu? Selalu sangat bulu mata jatuh tapi apa maknanya?? Orang cakap kalau jatuh sebelah kanan itu tandanya ada orang rindu dekat kita, kalau jatuh sebelah kiri maknanya ada orang tak suka kita. Fakta atau Auta ni.. Hahaa.


Apapun susah nak percaya tapi kadang2 tu betol juga. Semuanya secara kebetulan saja. Yang dapat daripada info google mengatakan pendapat yang lain pula.



Lawak Bulu Mata



Jatuh bulu mata kanan


- Biasanya orang kata, jatuh sebelah kanan ada orang rindu tapi cuba ibaratkan bila bulu mata tu jatuh kita anggap yang Allah rindu nak dengar doa kita.. rindu nak dengar ayat2 Al-Quran dari hambanya, rindu agar kita membalas balik rindu Tuhan kerana jika kita rindu padaNya, rindu kita akan berbalas..



Jatuh bulu mata kiri


- Andai kata ada orang benci, umpama sebagai syaitan itu benci kalau kita selalu mengingati Tuhan, syaitan benci melihat ibadah bertambah baik.




Bulu Mata Palsu


*Memang fitrah manusia sentiasa dalam kerinduan.. ciptaan terindah untuk saling rindu apabila berjauhan atau sudah lama tidak berjumpa. Kalau bulu mata jatuh jangan percaya sangat. Bagi aku kalau jatuh selalu itu tandanya mata tak sihat umpama rambut gugur. Hehee.. Peace ^^

4 Feb 2014

Fakta Menarik Tentang Kad Pengenalan

Assalammualaikum.


Fakta tentang kad pengenalan | Pernah tak tengok IC lama2. Ramai yang membebel sebab Jabatan Pendaftaran Negara tak reti nak edit gambar. Yelah adakalanya nampak muka tak lawa. 


Kalau nak tau sejak tahun 1990, setiap warganegara Malaysia diberi 1 set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Group digit pertama (TTBBHH) ialah tarikh lahir pemilik kad pengenalan. Group kedua (NN) ialah kod negeri lahir, 01-13 untuk negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia, anggota polis, kod yang diguna ialah 88 dan anggota tentera 99.





Ciri-ciri yang ada pada kad pengenalan / IC


Tetapi bila seorang anggota tentera atau polis telah tamat berkhidmat, no KP akan ditukar kepada kod nombor asal tempat lahir. Group no terakhir (###J) ialah nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.


Perbezaan pemegang MyKad lelaki dan perempuan pula, no terakhir dalam siri KP tetah ditetapkan jika siri no terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Jika pemegang MyKad berangka ganjil, jantina pemegang ialah lelaki. Sebelum 1990, no KP dalam bentuk A####### kerana # merupakan no siri 7-digit dan no terakhir dalam siri no itu turut sama punya peranan membezakan jantina seperti siri no baru MyKad. Kod negeri asalnya ikut susunan alphabet nama2 negeri tapi sebab dah ramai rakyat, no tu bertambah. Sekarang, setiap negeri ada 2-5 kod masing2.


SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN


Johor – 01, 21, 22, 23, 24

Kedah – 02, 25, 26, 27

Kelantan – 03, 28, 29

Melaka – 04, 30

Negeri Sembilan – 05, 31, 59

Pahang – 06, 32, 33

Pulau Pinang – 07, 34, 35

Perak – 08, 36, 37, 38, 39

Perlis – 09, 40

Selangor – 10, 41, 42, 43, 44

Terengganu – 11, 45, 46

Sabah – 12, 47, 48, 49

Sarawak – 13, 50, 51, 52, 53

Wilayah Persekutuan (KL) – 14, 54, 55, 56, 57

Wilayah Persekutuan (Labuan) – 15, 58

Wilayah Persekutuan (Putrajaya) – 16

2 Feb 2014

Senarai Hotel Berhantu Di Malaysia


Assalammualaikum.


Senarai Hotel Berhantu Di Malaysia | Tips Memilih Hotel sebelum bercuti | Lepas baca kisah hantu malam sabtu lepas, terus teringat kes penghujung tahun 2012. Lepas ni kalau nak bercuti, pertama sekali kena check 'keadaan' hotel/resort yang nak menginap tu. Aku takut pisang berbuah 2 kali. Semalam entah kenapa aku rasa nak google resort di Langkawi. Aku nampak link hotel2 yang berhantu di MalaysiaTangan gatai pi click semua link tu. Dan ini list yang keluar dan ada terjumpa tips sebelum memilih hotel/resort di "sini" . 



Senarai Hotel Berhantu di Malaysia



KEDAH

(Alor Star)
- Hotel Grand Continental

(Sungai Petani)
- Swiss Inn
- SP Inn
- Hotel Cinta Sayang

(Langkawi)
- Marina Cove Resort
- Kondo Istana
- Resort Kampung Tok Senik
- Aseania Hotel (Ohhh Tidakkk !! Aku stay sana)


PENANG

- Sheraton
- Hotel Copthorne
- Rasa Sayang
- The Northam
- E&O Hotel
- Crown Prince
- Sunway Hotel Georgetown


PERAK

- Damai Swiss Garden
- Marina Cove Resort, Lumut
- Bukit Merah Laketown Resort


KUALA LUMPUR

- Hotel Crystal Crown
- Maya Hotel
- Hotel Grand
- Mandarin Oriental Hotel, KLCC
- Istana Hotel
- Corus Hotel
- Majestic Hotel


NEGERI SEMBILAN

(Port Dickson)
- Ancasa
-Palm Spring Resort
- Ilham Beach Resort
- Guoman Resort
- Le Paris Costa Rica (Bilik No. 517)


MELAKA

- Mahkota Hotel (Tingkat 11)
- A Famosa Resort (Bilik 238)
- Ancasa Hotel (Tingkat 5)
- Riviera Bay Resort (No. 219)
- Shah's Beach Resort
- Puteri Hotel Melaka



JOHOR

(JB)
- M-Suite
(Desaru)
- Sebana


PAHANG

(Kuantan)
- Impiana Hotel, Cherating
- Hotel Swiss Garden


(Cameron Highlands)
- Equatorial Hotel (No. 809)
- Heritage Hotel (Tingkat 4)


(Genting Highlands)
- First World Hotel (Tingkat 13)



TERENGGANU

- Awana Kijal


KELANTAN

- Perdana Hotel (KB)


SARAWAK

(Kuching)
- Holiday Inn
- Damai Beach Resort
- Hilton Kuching
- Crown Riverside


SABAH

- Renaissance Hotel (No. 107)
- Sibu Island Resort
- Datai n Andaman



Memang susah nak pecaya kalau tak kena kat diri sendiri lagi tapi kalau dah kena memang serik sangat. Apa pun ini peringatan buat diri dan pembaca. Sumber di blog2 tu kalau korang baca apa yang pengomen cerita lagi seram. 

Senarai Hotel Berhantu Di Malaysia
Senarai Hotel Di Malaysia Yang Berhantu
Senarai Resort/Hotel Berhantu

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com