Assalammualaikum.
Baru harinie dapat tengok souvenir dari Vietnam yang dikirimkan oleh pak ngah semasa dia singgah pada hari pendaftaran kazen aku di Matrik Selangor aritu. Rupanya ada ole-ole untuk kami. Selalunya kalau mereka pergi bercuti atau ada kerja di dalam atau luar negara memang wajib belikan something untuk saudara mara. Alhamdulillah bertambah rezeki bila jiran beri coklat dari Langkawi untuk aku dan mak jang belikan pulak tudung dari Banting. Sejak aku start pakai tudung, dia rajin belikan bermacam jenis tudung. Hehee.. penuh koleksi dalam almari. Nampak gayanya tahun nie mak tak payah beli baju kurung sebab kain sutera Vietnam dah ada. Dompet tu aku sayang nak pakai. Simpan buat pekasam jelah :)
Tengs Syafiq ! Teringat toblerone yg aku belikan di Langkawi tahun lepas lettew.