17 Dec 2012

Review Filem The Hobbit An Unexpected Journey


Harini nak review filem yang baru aku tengok selepas 11 hari berada di Langkawi dan tengs kat si dia yang bawa tengok wayang selepas seminggu lebih kami tak jumpa. Terasa macam permintaan aku nak tengok wayang dah ditunaikan. Hehee.. Akceli sangat best jalan cerita movie nie, yelah dari director The Lord of The Ring juga. Sebut saja The Hobbit mesti ramai terbayang trilogy LOTR dan movie nie sebahagian dari novel yang mengisahkan sebelum pengembaraan Frodo dan kawan-kawannya. 


Movie nie menjawab segala persoalan di dalam movie LOTR. Ia menceritakan kisah adventure pak cik Frodo iaitu Bilbo Baggins. Dalam filem LOTR, Bilbo takmo cerita kisah lamanya tetapi dalam movie ini mengisahkan segalanya bagaimana dia boleh terjebak dalam unexpected journey bersama orang2 kerdil hingga menemui cincin The One Ring. 



The 13 Dwarf


Sinopsis: 


Filem ini bermula 60 tahun sebelum kisah The Lord of The Rings. Kisah hidupnya ditulis sendiri oleh Bilbo, pakcik Frodo. Ketika itu, Gandalf the Grey telah melawat rumahnya pada suatu malam bersama 13 orang kerdil. Kehadiran orang kerdil itu telah menarik minat Bilbo untuk turut sama dalam misi menawan semula Dwarf Kingdom of Erebor dari seekor naga. What naga?? Bermulanya pengembaraan dari rumah Bilbo, melalui perkampungan Elf hingga ke gua bawah tanah Goblin mereka perlu menghadapi pelbagai serangan. Kisah berikutnya kena tengok sendiri. 







Bagi aku yang dah memang geram dengan Smeagol/Gollum, memang bertambah geram bila dia berebut cincin dalam movie nie. Sakit hati tau tak tengok dia dok bercakap sorang2. Ada orang sayang dia tak? Biasalah peminat Lord of The Ring kan! Haha. Mestilah nak tau dari mana asal usul The One Ring yang sentiasa menjadi rebutan tu. Paling suka part lawak Bilbo dengan 3 ekor raksasa. Euuwww ada jugak raksasa yang geli geleman kat scene masak2 tu. 


Cantik betul tempat shooting di New Zealand




Kalau tengok balikkan filem The Hobbit nie ada beberapa watak asal filem LOTR seperti Saruman the White, Galadriel dan Elrond. Sayangnya dari mana cincin tu datang masih samar. Maybe ada lagi cerita part 2 nanti kot. Tunggu jelah bila tayangannya. Dan sangat sukakan tempat Kingdom tu. Memang cantik pemandangannya. Macam shooting kat Ireland pun ada. Herher..  




No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com