19 Nov 2012

Presentation Final Year


Dimana nak mencari kekuatan untuk semangat yang semakin hilang? Bagaimana pula nak tabahkan hati yang semakin sengsara? Dengar macam parah dah situasi hidup aku, memang semakin parah dan aku rasa macam nak mencarut ja. Dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak memuaskan. Ya, aku masih lagi sakit. Sakit hati memang tak pernah baik, demam dengan selesema datang kembali bila aku sampai tempat menuntut ilmu petang semalam. Akibat terkena hujan, damn! seronokkan cik nina, hang sakit balik. Bila col my bonda, dia cakap "kat sini panas terik ja...". Itu kuasa tuhan, aku tak dapat nak halang.


Aku rasa dah tewas, aku tak seronok, nak bernafas pon susah dengan lobang hidung tersumbat nie..malu nak cakap dengan suara aku yang manja a.k.a SENGAU. Air mata yang selama nie aku tahan, akhirnya jatuh diatas tikar sejadah. Bajet nak jadi pompuan yang tabah konon, boleh handle semua masalah tapi jatuh tersungkur. Umpama jatuh terkena taik ayam setompok dimuka, habis busuk.. Erkk maaf la aku tak pandai dengan peribahasa, kena refer karam singh walia dulu.


Harini jugak aku rasa nak present, kenapa harini bukan hari rabu? bangun pagi tadi dengan keadaan mamai, nasib baik tak jatuh tangga cuma semata2 nak cari makanan kat dapur. Hello, aku lupa aku tengah berada di rumah sewa terhebat. There's no food and my mum calling just for makes me feel jealous (menu harini ayam masak merah). Kalau kat rumah time nie perut dah fully dengan macam2 T_____T


Tapi aku yakin 100% apa yang terjadi ada hikmahnya. Disaat time susah, Allah hantar orang2 yang dapat menolong aku. Jasa dan budi baik mereka tak dapat aku balas, cuma boleh belanja mcd jelah kot. Aku takkan lupakan mereka dan aku berdoa serta tawakal masa presentation rabu ini. Fikirkan masa depan tanpa menoleh kebelakang lagi. Ini jadual present:



Aku orang yang ke 8 present untuk group B


Apa yang aku nak merapu merepek depan judge nanti. Bukan senang nak present website yang kita buat sendiri. Hampir 5 bulan nak siapkan segala macam coding. Website for Syamilah Frozen Food di Kulim, Kedah nie jual produk makan jadi setiap kali aku start nak bukak Dreamweaver tu, perut mula la menyanyi. Memang dah jadi tanggungjawab sebagai student multimedia tolong company IKS. Course lain dah seronok holiday dari minggu lepas lagi. So, kepada team2 pertama yang present harini, gudluck aku ucapkan. Nanti aku sibuk pi tanya sorang2 nak mintak tips. Jahatkan? Ok lah nak mengundurkan diri dulu, nak pergi menyiapkan storyboard, powerpoint bersama cik pika (No.89).. adiossss


p/s: pagi tadi 2 helai bulu mata jatuh belah kanan..ada org rindu aku, aku pon rindu dia :)


GOODLUCK TO ALL STUDENTS
DIP. IN MULTIMEDIA
BATCH JULY/2010

2 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com