2 Nov 2012

Review Filem James Bond : Skyfall (2012)






Cuti hujung minggu sudah kembali! Yeayy.. Malam ini ber 'Skyfall' bersama Pika dan Mazrul. Skyfall di GSC, Ipoh Parade dan menonton movie sekuel ke 3 James Bond dan opcos heronya Daniel Craig. Saja tengok wayang midnight sebab takda kerja yang nak dibuat. Lagi pun ini kali pertama tengok wayang pukul 12.30 pagi. Mata bersinar-sinar bila beli popcorn Skyfall. Haha.. Tak rasa mengantuk pun. Kali ni James Bond jumpa awek baru yang cun dan ia pelakon baru. Itu tak tengok lagi keindahan Istanbul, Turki dan aku sudah jatuh cinta dengan pemandangan Scotland! Serius cantik.. 







Mungkin aku boleh cakap ini movie last James Bond sebabnya.. sebabnya ketua bond mati. Macam mana dia cara dia mati? Oke, kena tengok sendiri kesudahan movie ni. Bagi budak-budak tak baligh lagi tak boleh tengok sebab ada unsur 18SX. Haha. Mesti la ada, bond macam-macam hal. Pantang nampak perempuan cantik. Always the same person. Nothings changed. Yang penting aku tak habis makan popcorn. Ajak pika dia tak nak makan. Mazrul diet pulak. Minum coke sampai perut kembung. Huhu. 





Sinopsis:


James Bond bersama Eve Moneypenny bekerjasama dalam misi di Turki dimana seorang petugas MI6 telah tewas dan sebuah harddisk dicuri. Harddisk itu mengandungi maklumat semua agen NATO yang beroperasi dan menyamar didalam organisasi teroris. Bond dan Eve mengejar penyerang mereka dan berusaha untuk menangkapnya dan mereka berpecah. Ketika Bond sedang bergelut di atas keretapi, Eve telah menerima arahan dari ketua mereka untuk menembak. Sayangnya Eve tertembak Bond dan dia dilaporkan "hilang" atau "mati" selepas jatuh ke dalam tasik. 5 agen akan dibunuh dalam masa seminggu dan MI6 berada dalam tekanan. Sekembalinya ketua MI6 ke pejabat, mereka terkena serangan bom. Bond ketika itu berada di pulau bersama "gadis". Seteleh mendengar berita serangan itu, dia kembali ke London. Selepas bahunya pulih dari terkena peluru. Bond dihantar ke Shanghai untuk mencari Patrice ketika di Turki.






Bond dan Patrice berlawan dan dia ternampak Severine di bangunan sebelah. Patrice jatuh dari bangunan sebelum sempat mengetahui siapa majikannya itu. Pencarian Bond berterusan sampai dia menemui chip perjudian yang mendorongnya untuk bermain disebuah kasino. Severine, perempuan simpanan penjahat yang bond cari dan dia mengingatkan bond mungkin akan dibunuh, tetapi Severine berjanji akan membantunya jika Bond membunuh majikannya iaitu Raoul Silva. Mereka menaiki kapal ke sebuah pulau tetapi ditawan oleh pengikut Silva.



Silva sebelum ini bekerja dengan M bersama MI6 dan menyalahkan M kerana memasukkannya ke penjara kerana berpaling tadah. Di pulau, Silva membunuh Severine. Namun bond berjaya menangkap Silva. Kembali ke markas MI6, Q cuba untuk menggodam laptop Silva tetapi tidak berhasil kerana laptop itu telah diprogramkan dan diakses. Silva berjaya melarikan diri dari penjara dan lari ke terowong bawah tanah London. Silva berjaya menyamar sebagai polis dan ingin membunuh M di sebuah pejabat kerajaan. Akhirnya, Bond membawa lari ketuanya M ke rumahnya yang berada di tempat terpencil di Scotland yang diberi nama Skyfall. 



Mereka bersembunyi di rumah estate keluarga Bond yang dijaga oleh Kincade. Disana la Bond berperang bersama geng Silva. Nak tau cerita selebihnya wajib tengok Skyfall. Sayangnya rumah banglo besar kena bom. Sedih.. Memang sedih.



Cantikkan England!



No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com