17 Sept 2011

Dari Fort Cornwallis Ke Batu Feringghi


Entah mimpi apa harini Norman dan Amir ajak berjalan. Aku pun takda plan jadi setuju keluar dengan mereka. Kami ber 3 sebenarnya takda hala tuju. Biasa la kalau plan tak dirancang mesti tatau nak pegi mana. Dalam feri baru si Amir cakap dia tak pernah lagi berjalan kat bandar Georgetown. Kan bagus kalau cakap awal-awal senang la nak bawak berjalan. Jadi tempat pertama yang dituju mestilah Fort Cornwallis. Keluar dari feri terus sampai situ. Mesti rindu nak tengok tugu Francis Light. Bergambar dalam tu sambil duduk atas meriam. Dengan cuaca yang baik. Memang seronok hati ni. Kalau kat Ipoh jangan harap kami nak keluar ber 3. Nanti jadi gosip pulak kat kolej. Hehe



Tugu Francis Light. Dah bertahun dia berdiri kat situ. Hehe

Amir dan Norman

Best duduk atas tembok penjara. Dulu ni penjara tau

Suka gambar ni. Nampak awan membiru gitu

Dah ready nak fly ke bulan. Ada ke bulan siang-siang ni? Haha


Dari kubu kami ke Tugu Peringatan James Richardson Logan pulak bersebelahan dengan mahkamah majistret. Ala jalan kaki pun boleh, dekat saja tempat tu. Aku suka sangat bergambar kat tugu tu. Nampak macam bukan di Malaysia. Nampak ada style overseas tempat tu. Hehe. 


Kami dah macam pelancong. Wah..wah


Dari tugu peringatan kami dah taktau nak kemana sampai la depan muzium. Entah macam mana cari tempat parking dan berjalan masuk ke pintu utama. Sebenarnya aku tak pernah masuk pun Muzium Negeri Pulau Pinang. Dengan bayaran RM 10. Time tu jugak hujan rintik-rintik. Kali pertama masuk dalam muzium memang cantik tapi sayangnya anda tak dibenarkan ambil gambar dalam tu dan jawabnya kamera kena simpan. Huu sedihnya tapi memang barang-barang yang dipamerkan ada nilainya. Bermacam-macam sejarah tentang Pulau Pinang dapat aku tau. Dari zaman penjajahan British dan Jepun hingga zaman selepas merdeka. Penduduk yang berhijrah ke Penang dan makanan, masyarakat, budaya, baju pengantin dan bilik tidur. Macam-macam adaa..



Cantikkan?

Luar muzium.. kereta cable lama Bukit Bendera

Kereta Rolls Royce zaman British


Lepas menghabiskan masa dalam muzium. Rasanya lama jugak kami dok dalam tu. Rasa macam tak puas. Tengok cuaca pun dah tak hujan jadi makan angin kat Batu Feringghi pulak. Yeahh.. aku ikut saja apa kata driver. Masa pun dah petang dan elok sangat dok kat pantai. Menjemurkan kulit muka kat pantai. Ada potensi menjadi hitam or jadi orang minyak. Haha.. 



Rambut dah serupa laki. Obie kata muka macam vokalis Rise Against. 


Lastly sebelum kami balik ke rumah masing-masing. Ingat nak tengok wayang pulak. Macam-macam permintaan mamat 2 orang tu. Jadi aku mencadangkan tengok saja wayang kat Gurney Plaza. Boleh jugak jumpa member lama masa study kat Kedah dulu. Si Ashraf dan Khalis Izmi gemok tu keja kat GSC Gurney. Boleh borak-borak sat dengan depa. Maka kami tengok filem Raya Tak Jadi. Konfem gelak punya dalam wayang tu. Dalam setengah jam jugak tunggu wayang tu start. Penantian satu seksaan. Cewah..


Restoran Pastamania ! Baru dibuka di tingkat atas Gurney Plaza.. Wallah


Okelah dah penat nie. Tunggu next entry aku review filem Raya Tak Jadi nie. Yang penting memang lawak tengok Pak Jalaluddin Hassan tu dan si penyakit nyanyuk Johan. Hahaha. Lebih kurang dalam pukul 7 lebih aku sampai rumah. Lambat balik mak risau pulak walaupun dah kenal 2 orang nie. 


No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com